Friday, April 27, 2012

Cerita Gunung Agung, Bali - Episod 3 (2 April 2012)

Oleh Tony Monero
jomweh@gmail.com

MAKIN lama dua cahaya bulat tu makin dekat. Boleh tahan jugak aku punya saspen. "Ada orang," tiba-tiba Putu bersuara. Selesai bersuara, dia sempat pulak buat asap bulat-bulat.

Haih, kuat betul mamat ni hisap rokok. Tadi masa berenti dalam lima minit bukan main lagi berdengkur. Tah bila masa bangunnya entah. Tau-tau berkepul je asap.

Mata kami serentak bertumpu ke arah dua pendaki itu. Kelihatan seorang awek berketurunan India bersama penunjuk jalannya dalam samar-samar. Lebih kurang dua minit, mereka tiba di tempat kami berehat.

"Where are you from," tanya Rama bila awek itu tiba. "Australia," jawabnya termengah-mengah. "Alone?," tanya Rama lagi. "Yeah, only me," jawab awek itu sambil matanya memerhati keadaan sekeliling. Mencari tempat melabuhkan punggung agaknya.

Dia tenung tempat aku duduk. Aku buat-buat pandang ke lain. Mana boleh senang-senang bagi port baik ni.


"You are pretty strong," Rama meneruskan pebualan. Aik, macam berminat je si Rama ni. Go Rama go. "No I'm not. But the guide is," jawab si awek Australia sambil tergelak kecil.Putu mempelawa awek Australia secawan kopi. Dia menolak sopan. Eh, ke dia ambik ek? Aku pun dah lupa.

"Well, I gotta get going. Can't rest too long or else am gonna feel sleepy," kata awek Australia itu sambil membuat isyarat tangan seperti orang mahu tidur. Boleh tahan manjanya. "Nice meeting you guys. Bye," katanya.

"Ok, good luck," Jawab kami hampir serentak. Macam berpakat pulak. Sekali dengar macam budak choir pun ada. Aku tentulah jadi lead vocal.

Awek Australia berkenaan meneruskan perjalanan. Mata kami terarah melihat kelibatnya mendaki. Sorang pun tak pandang penunjuk jalan yang bawak awek tu.

"Kalau aku jadi guide tu, mau aku buat-buat salah jalan. Lepas tu taulah nasib dia," Ebby bersuara selepas kelibat awek tu hilang dari pandangan mata. Buas betul bunyinya. Memang dasar jantan kaberet.

Tiba-tiba terdengar pulak suara mengeruh. Kuat pulak tu. Apa lagi ni?


Bersambung


Sebelum-sebelum ini...

Cerita Gunung Agung, Bali - Episod 1 (2 April 2012)
Cerita Gunung Agung, Bali - Episod 2 (2 April 2012)

Thursday, April 26, 2012

Jakarta - Bandung - Jakarta. Episod 3


 Oleh Apen
jomweh@gmail.com

MENURUT kata Om si Supir, kalau dari Jakarta ke Bandung ikut jalan kampung, laluan terbaik dengan permandangan yang cantik-cantik lalu Bogor, pastu naik Puncak Highland, pastu turun Puncak Highland (kira merentasi Puncak Highland) ikut jalan lain dan terus ke Bandung. 

 
Jadi, lepas 2 jam setengah perjalanan dari Jakarta, sampai lah kitaorang kat Bogor. 
 
Bagi aku, Bogor cuma pekan biasa yang ada gerai-gerai jual kraftangan dan buah-buahan. Tempat menarik di sini Istana Bogor dan Kebun Bunga Bogor. Gambar yang kat bawah yang ada rusa tu lah Istana Bogor. Tak boleh masuk, so, ambik gambar dari luar je lah. Gambar yang lain-lain gambar dalam Kebun Bunga Bogor dan gambar sekitar pekan Bogor. 


Owh ya, nak masuk Kebun Bunga Bogor ni nak kena bayar, aku tak ingat berapa ringgit, tapi kalau tak silap 2 ringgit je kot. 

 


Kitaorang kat Bogor tak lama, dalam sejam je, sebab nak kejar masa untuk naik ke Puncak Highland. Jalan-jalan, tengok-tengok, tangkap gambar sikit, pastu gerak!


 Bersambung lagi...


Sebelum dan selepas...

Jakarta - Bandung - Jakarta. Episod 4

Sunday, April 22, 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam. Episod 1.

Oleh Apen
jomweh@gmail.com


FUHH..bila aku sampai sini, ada dua benda la yang memang tak masuk akal bagi aku. Pertama, kat sini lagi rempit dari Malaysia. Haha. Vietnam memang antara negara di dunia yang paling ramai guna motosikal sebab motosikal lah kenderaan utama diorang. Kalau kau nak lintas jalan bukan kena tengok kiri kanan je, ni kena tengok 360 darjah. Mana-mana pegi ada motosikal.


Benda kedua yang paling tak masuk akal, tiang elektrik diorang. Haha. Kalau korang pegi sini, mesti kena tengok benda ni. Rasa memang seram sejuk lah kalau lalu bawah tiang elektrik ni. Ye lah, mana tau kot-kot jatuh plak wayar tu, kena plak kat kau. Mau tak Die Hard, Bruce Willis. Mati keras ahh.

Ok lah, aku kat Ho Chi Minh City ni 4 hari 3 malam. Tiket AirAsia murah, gua sambar je lah! Biasanya kalau orang datang sini, tempat utama, mesti orang datang muzium perang Vietnam. Memang terbaik la. Kalau korang masuk muzium ni, seolah-olah macam korang ada dalam filem Rambo ah. Haha. 



Wednesday, April 18, 2012

Jakarta - Bandung - Jakarta. Episod 2

Oleh Apen
jomweh@gmail.com

Semalam ada sorang student kasi no. supir kat kitaorang. Dia kata, supir ni memang baik la. Bayar RM80 sehari, dia ikut kau mana je kau pegi, dia bawak kau mana kau nak pegi. Kata student kat situ, supir tu memang paling murah, kalau lain-lain supir mau atas RM100. So kitaorang plan nak suruh supir tu hantar kitaorang kat Bandung je.

Kebetulan pagi tadi, Sham dapat call dari office dia. Ada projek urgent. So, dia kena balik. Then, terpaksa, nak buat macam mana. Sham tak jadi ikut pegi Bandung, dia balik Malaysia esok. Tinggal aku, awek aku (kini isteri) Sapik, Kerel je lepas ni.

Berbalik kepada cerita Supir tadi, call punya call, hari ni dia tak boleh hantar. Esok boleh. So plan ke Bandung mula esok. Sementara nak tunggu esok tu, kitaorang spent time sikit la ngan Sham. So, Sham yang pernah belajar kat Jakarta ni dulu, dia bawak jalan-jalan pegi ke Mangga 2. Tempat makcik-makcik dan akak-akak beli tudung, telekung, baju batik dan baju-baju perempuan seperti yang korang sedia maklum skang ni lah. 



Disebabkan ni lah kali pertama aku keluar negara dari sejak aku lahir, jadi aku spent duit sket untuk beli sourvenir untuk sedara mara. Beli tudung sikit, beli telekung sikit, beli kain batik, kain pelekat. Haha. Dah macam makcik-makcik dah hah. Tapi memang murah lah. Kain pelekat, kain batik RM6 sehelai. Mau nya tak aku beli sampai 30 helai. Hahaha.


ESOK

Kitaorang bangun dalam pukul 7 macam tu, packing barang-barang sikit untuk bawak ke Bandung. Barang yang lain yang shopping macam orang gila semalam tu tinggal kat Wisma Malaysia ni. Sebab murah sangat Wisma Malaysia ni, aku sewa buat letak barang je la sementara nak pegi Bandung. Kalau ikutkan nak je sewa 2 tahun terus, boleh bayar one shot terus je. Haha. OK, OK, serius sikit.

Pak Supir pon sampai lah kurang lebih jam 10am macam tu, naik van Daihatsu. Kalau kat Malaysia orang panggil Perodua Rusa. Then kitaorang siap-siap terus gerak. Pak Supir bahasakan diri dia Om.


Jadi, plan kitaorang, dari Jakarta ke Bandung, ikut jalan kampung! Yes! Kitaorang bagitau la Om tu.

Om cakap, “bisa bisa.”

Katanya lagi, kalau ikut highway Jakarta-Bandung ambik masa dalam 4 jam, jadi kalau ikut jalan kampung mungkin dalam 8 jam.

OK ni gambaran perjalanan kitaorang!


 Bersambung...


Sebelum dan selepas...

Jakarta - Bandung - Jakarta. Episod 4
 

Cerita Gunung Agung, Bali - Episod 2 (2 April 2012)

Oleh Tony Monero
jomweh@gmail.com

"WAN, tunggu jap wan," jerit aku. "Dekat dah Ton, kat depan sikit nanti kira rest," sahut Wan. Aku menguatkan genggaman jejari pada rumput tepi tebing.

Imbas Kembali: Tujuh Saat Sebelum Itu

Lampu kepala aku tiba-tiba padam. Aku teruskan juga perjalanan sambil jari tangan mencari punat 'on' lampu. Laluan kecil untuk ke puncak Agung nampak samar-samar. Tiba-tiba aku rasa seperti terpijak lubang, Aku cuba imbangkan badan tapi tak berjaya lalu jatuh terperosok.


Mujur jari aku sempat berpaut pada rumput dan pokok renek yang tumbuh di tepi tebing. Dalam kelam malam, aku hirup nafas panjang-panjang dan mula menilai suasana. "Adoi...Camna boleh jatuh pulak ni?".

"Wan, tunggu jap Wan," jerit aku. "Dekat dah Ton, kat depan sikit nanti kira rest," sahut Wan.

Tamat Imbas Kembali

"Wei, aku jatuh ni," aku menjerit lagi, tapi kali ini dalam nada lebih perlahan. Kepenatan. "Ha?" Wan bertanya kembali seolah-olah tak berapa jelas panggilan aku tadi. "Aku jatuhla wei," balas aku.

Beberapa detik kemudian, aku dengar bunyi tapak kasut semakin menghampiri. "Ya Allah," itu kalimat pertama Wan bila ternampak aku sedang 'bergayut' pada rumput di tepi jurang. "Kau OK ke Ton?" tanya Wan. "Kau nampak aku macam Ok ke?" Soal aku kembali dalam nada menganjing.

"Kau tunggu situ, jangan gerak. Ebby, Ebby, datang sini cepat. Jangan gerak Ton," kata Wan agak panik. Ish, lama sangat, naik sendiri lah. Aku membetulkan kedudukan badan dan merangkak naik.

"Alhamdulillah, Ebby, Tony dah Ok," kata Wan. Aku jenguk ke bawah, walaupun dalam gelap nampak sayup bukan main lagi jurang tu.

"Gila ah, ada dalam dua kilometer kat bawah tu kan?" kata aku. Wan hanya diam sambil pandang aku. Wajahnya masih nampak panik. Lebih panik daripada aku yang jatuh ni ha. Si Putu pula melayan perasaan sambil menghembuskan asap rokok perlahan-lahan. Entah apa difikirkannya. Mungkin teringat belaian manja isteri barangkali.

Sejurus kemudian, Ebby, Rama dan Made sampai.

Ebby: Ada apa bro?

Aku: Aku jatuh tadi, lampu tiba-tiba pulak padam. Nasib baik aku sempat pegang rumput.

Ebby: Ha, tulah, aku tadi nyaris-nyaris jugak. Dah nak melangkah ke gaung tadi. Mujur Rama capai tangan aku.

Wan masih diam. Rama yang tadinya khusyuk mendengar perbualan kami, kemudian bersuara: "Oklah, kita rehat dulu. Jalan hati-hati sikit Tony, tempat ni memang bahaya tau". Aku hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

"Pelik jugak, aku langsung tak rasa takut tadi. Mungkin dah penat sangat agaknya," kata aku sambil mencari lokasi paling best untuk berehat. "Kalau dah penat, memang tak rasa takut dah," kata Ebby.

"Patutnya tadi aku ambik gambar masa kau jatuh Ton," Wan melawak secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang amaran. Kami semua gelak serentak sekali gus mengendurkan ketegangan suasana tadi. "Gampang," balas aku lalu disambut gelak kuat si Ebby.


Walaupun tidak timbul perasaan takut waktu itu, aku tetap bersyukur kerana nyawa masih panjang. Aku tak mahu jadi sebahagian daripada 'statistik' di Gunung Agung ni.

Kami ambil keputusan untuk merehatkan badan kurang lebih 15 minit. Putu yang tadinya sibuk membancuh kopi segera menghulurkan cawan kopi kepada aku dengan tangan kanan. Tangan kirinya seperti biasa meyepit rokok.

Sejurus kemudian, kami teruskan perjalanan. Jauh lagi nak sampai ni, mana boleh lepak lama-lama. Sejam lepas tu Ebby mencadangkan satu idea agak bernas yang dipersetujui sebulat suara setiap daripada kami. "Kita rest dulu dalam setengah jam, nak? Dapat lelap sekejap Ok jugak," kata Ebby.

Selepas kira-kira 10 minit berehat, tiba-tiba kami nampak dua cahaya bulat di bawah meluru agak laju ke arah kami.

Apa benda pulak dah ni. 


Bersambung... 

Sebelum dan selepas...

Cerita Gunung Agung, Bali - Episod 1 (2 April 2012)
Cerita Gunung Agung, Bali - Episod 3 (2 April 2012)

Sunday, April 15, 2012

Cerita Shanghai - Episod 1

Oleh Tony Monero
jomweh@gmail.com

Hari Kedua di Shanghai


TET tet tet. Aku check telefon, dapat SMS daripada si Audra. "Tony (bukan nama sebenar), kalau you nak lunch sendiri pun OK. Kat sini banyak makanan non-halal. But make sure you sampai balik kat hotel before 2pm tau. Dalam pukul 2.15 kita gerak pergi event tu."

"Roger," balas aku pendek. Nasib baik aku dah print siap-siap senarai restoran halal kat Shanghai ni. Aku keluar bilik, turun ke lobi dan terus menuju kaunter resepsi. Aku tunjuk senarai restoran halal yang aku bawa kepada mamat kat kaunter dan tanya dia restoran yang mana paling hampir dengan hotel tempat aku menginap ketika itu.

Mamat tu belek kertas yang aku tunjuk padanya dan kemudian bulatkan restoran keempat dalam senarai kertas tu.

"Rasanya restoran ni paling dekat. Kalau naik teksi tak sampai 10 minit," jelasnya. "Boleh tolong tulis dalam bahasa Cina tak supaya mudah pemandu teksi tu nak cari nanti," pinta aku. Mamat tu pun ambik kertas kosong dan tulis alamat restoran dimaksudkan dalam bahasa Cina.

"Biar saya panggilkan teksi," katanya selepas selesai menulis. Mesra semacam je mamat ni, gay ke apa.

Selepas ucapkan terima kasih sambil tersenyum pahit, aku tunggu teksi depan hotel. Tak sampai dua minit teksi sampai. Aku masuk dan suakan kertas bertulis alamat restoran dalam bahasa Cina itu kepada pemandu teksi. Dia mengangguk dan bercakap dua tiga patah perkataan Mandarin. Aku angguk je buat-buat faham.


Sepanjang perjalanan, sempatlah aku perhatikan pelbagai benda kat kota Shanghai ni. Antara yang menarik perhatian, aku nampak pondok telefon lengkap dengan wifi. Camno nak guna tak taulah pulak, aku perati dari jauh je.

Lagi satu, kat Shanghai ni banyak betul jejambat jenis tinggi. Betul punya tinggi tau, lebih kurang tinggi enam, tujuh, lapan tingkat bangunan jugakla.

Berbalik kepada cerita nak cari restoran tadi, kira-kira 10 minit perjalanan, pemandu teksi tu pun berhenti depan satu restoran ni. Tapi yang peliknya, tak ada pulak nampak ciri-ciri keislaman kat restoran ni. Aku tak puas hati, aku tanya pemandu teksi tu lagi sekali. Dia ngangguk. Aku bayar, kemudian turun. Teksi tu terus berambus macam pelesit.


Restoran ni nampak tak ada beza pun dengan restoran Cina lain, baik kat Malaysia, mahupun di luar negara. Dekat papan tanda ada gambar udang, ketam, ikan semua. Restoran makanan laut agaknya ni. Aku berjalan dekat depan pintu utama.

Dekat luar ada diletaknya beberapa binatang yang aku andaikan lauk pilihan untuk pelanggan. Ada ketam, udang, kepah, binatang macam rupa gamat, katak...Huh? Katak? Kena getah dah aku ni. Gampang!


Bersambung...


Cerita selepas ini...

Cerita Shanghai - Episod 2 
Cerita Shanghai - Episod 3