jomweh@gmail.com
2006 tahun pertama aku dapat keluar
Malaysia pegi tengok dunia luar. Negara pertama, Indonesia.
Dalam bajet lebih kurang RM2000, aku
nekad untuk ke Jakarta-Bandung-Jakarta dalam masa 8 hari. Aku, awek
aku (kini isteri), Sapik, Kerel dan Sham memang tak plan apa-apa.
Yang paling menarik, tempat tinggal
yang paling murah dalam dunia aku rasa, RM2.00 di Wisma Malaysia,
Jakarta. Kalau ada student card, diskaun 10%, jadi RM1.80. Haha.
Seingat aku, flight dari KL jam 2.30pm
dan sampai di Jakarta lebih kurang pukul 5.30pm. Malangnya, hari yang
aku sampai adalah hari bekerja, jadi aku sangkut kat highway 2 jam
dari highway nak ke Jalan HOS Cokroaminoto,
Wisma Malaysia, Jakarta (tapi sayang, rasa aku dah tutup
Wisma Malaysia ni).
Lepas register kat pondok pak guard, aku masuk bilik dan
siap-siap untuk aktiviti malam. Agak OK jugak la environment kat Wisma Malaysia ni. Yang ramai duduk kat sini student Malaysia yang ambik course pengajian Islam. Bangunan dia dua tingkat, tingkat atas untuk pompuan, bawah untuk lelaki. Satu bilik ada dua katil double decker. Betul-betul macam asrama lah. Nak buat rehat-rehat, tidur-tidur OK lah. Nak buat simpan barang pon OK. Mana ada backpacking yang harga murah gila macam ni. Owh yea, yang jaga kat sini ada sorang warden, orang Malaysia. Rumah warden tu belah depan lepas masuk pintu gate Wisma Malaysia ni, jumpa rumah warden dulu.
Perut dah lapar, jadi first tempat lepak gerai tepi
jalan pekena nasi goreng ayam. Pastu jalan-jalan town Jakarta sikit,
then balik Wisma Malaysia balik.
So, kitaorang plan, pagi-pagi esok
terus bergerak ke Bandung naik van ikut jalan kampung.Salah sorang daripada student yang duduk kat Wisma Malaysia tu ada pass kat kitorang no. phone supir yang agak baik.
Bersambung...




No comments:
Post a Comment