Wednesday, May 16, 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam. Episod 3.


Oleh Apen
jomweh@gmail.com


KALAU korang nak tahu macam mana rasanya duduk dalam kubur, Haaa..memang ini tempat paling sesuai lah. Hahaha. Tempat paling terbaik korang kena datang tengok kalau dah sampai Ho Chi Minh City.

Perjalanan dari Ho Chi Minh City ke Củ Chi Tunnel ni ambil masa dalam 2 jam lebih lah kalau masuk traffic jam semua. Tapi aku rasa tak susah lah kalau nak ke sini sebab tempat ni memang famous dan semua orang tahu.


Kat Củ Chi Tunnel korang boleh tengok sendiri terowong-terowong bawah tanah yang orang Vietnam (komunis) buat masa perang dengan Amerika dulu. Oleh kerana Vietnam ni takde senjata canggih-canggih, so diorang buat lah tunnel ni dan jerangkap samar dalam hutan. Bawah tanah ni diorang boleh buat bilik-bilik macam bilik meeting, bilik tidur, bilik makan, bilik sembunyi dan antara bilik-bilik tu disambungkan dengan terowong-terowong tu lah. Lubang masuk terowong ni ada banyak. Kecik ada besar pun ada.

Kagum gila, dan yang paling tak best bila dengar tourist guide tu cakap, ada jugak askar Vietnam yang sesat dalam terowong tu, tak jumpa jalan keluar and mati terus dalam tu. Damn! 

Sepanjang perjalanan track kawasan Củ Chi Tunnel tu, ada lah diorang display alat-alat jerangkap samar yang agak gerun jugak. Kalau termasuk dalam tu, Innilillah lah jawabnya.


Kat kawasan Củ Chi Tunnel ada la jugak komunis-komunis poser, hahaha. Makan gaji buta. Kerja melepak je. Yang rajin sikit tukang tunjuk arah. Takde semangat komunis langsung diorang ni.


Bila korang try masuk terowong ni, memang ada satu perasaan yang aku pun taktau nak cakap macam mana. Dah la gelap, suam-suam panas plak tu, rasa macam tak cukup oksigen pun ada. The best experience weh! Rasa berdebar-debar lah. Bila dah masuk tu, rasa macam nak cepat-cepat keluar plak. Bukan kena jalan biasa tau, kena jalan itik. Fuh!

Last, sebelum keluar dari kawasan Củ Chi Tunnel, ada satu benda best jugak. Kawasan menembak guna senapang dan peluru betul. Yang tak best nya, mahal. Sebijik peluru 12 ringgit kalau tak silap aku, minimum kena beli 10 bijik.


Owh. Satu lagi benda yang aku tak boleh lupa, tourist guide tu pesan, sila lah ikut track yang disediakan. Sebab tempat ni tempat perang, so orang komunis yang perang dulu ada pasang periuk api dan jerangkap samar, ada yang diorang tak jumpa sampai sekarang. Hahaha. Kot-kot kalau lah korang terpijak, mati berkecai lah kat situ. Hahaha. Tak tahu lah aku dia ni cakap betul ke tak tapi kalau dia tipu aku, maksudnya aku pun tipu korang jugak lah.

Bersambung..

3 comments:

  1. bestnyeee!hope sgt one day dpt jugak sampai sini :)

    ReplyDelete
  2. nak pergi sini tapi tahun depan la...
    tengok cam menakutkan je tempat ni..
    part periuk api tu mmg seram...buatnya nasib tak baik,
    naya!!

    ReplyDelete
  3. Imagine jalan mcm itik kat dalam tuu...azab!hehe. Takut ek bab perasaan macm dlm kubur tu! Ada tak aktiviti walkin/camping malam2 kat situ. Dulu pernah pergi Port Arthur kat Tassie tempat letak banduan ada trip tgh malam, macam seram la..berhantu katanya. Tak pernah pergi lagi Viet. Interesting place to visit!

    ReplyDelete