Friday, April 27, 2012

Cerita Gunung Agung, Bali - Episod 3 (2 April 2012)

Oleh Tony Monero
jomweh@gmail.com

MAKIN lama dua cahaya bulat tu makin dekat. Boleh tahan jugak aku punya saspen. "Ada orang," tiba-tiba Putu bersuara. Selesai bersuara, dia sempat pulak buat asap bulat-bulat.

Haih, kuat betul mamat ni hisap rokok. Tadi masa berenti dalam lima minit bukan main lagi berdengkur. Tah bila masa bangunnya entah. Tau-tau berkepul je asap.

Mata kami serentak bertumpu ke arah dua pendaki itu. Kelihatan seorang awek berketurunan India bersama penunjuk jalannya dalam samar-samar. Lebih kurang dua minit, mereka tiba di tempat kami berehat.

"Where are you from," tanya Rama bila awek itu tiba. "Australia," jawabnya termengah-mengah. "Alone?," tanya Rama lagi. "Yeah, only me," jawab awek itu sambil matanya memerhati keadaan sekeliling. Mencari tempat melabuhkan punggung agaknya.

Dia tenung tempat aku duduk. Aku buat-buat pandang ke lain. Mana boleh senang-senang bagi port baik ni.


"You are pretty strong," Rama meneruskan pebualan. Aik, macam berminat je si Rama ni. Go Rama go. "No I'm not. But the guide is," jawab si awek Australia sambil tergelak kecil.Putu mempelawa awek Australia secawan kopi. Dia menolak sopan. Eh, ke dia ambik ek? Aku pun dah lupa.

"Well, I gotta get going. Can't rest too long or else am gonna feel sleepy," kata awek Australia itu sambil membuat isyarat tangan seperti orang mahu tidur. Boleh tahan manjanya. "Nice meeting you guys. Bye," katanya.

"Ok, good luck," Jawab kami hampir serentak. Macam berpakat pulak. Sekali dengar macam budak choir pun ada. Aku tentulah jadi lead vocal.

Awek Australia berkenaan meneruskan perjalanan. Mata kami terarah melihat kelibatnya mendaki. Sorang pun tak pandang penunjuk jalan yang bawak awek tu.

"Kalau aku jadi guide tu, mau aku buat-buat salah jalan. Lepas tu taulah nasib dia," Ebby bersuara selepas kelibat awek tu hilang dari pandangan mata. Buas betul bunyinya. Memang dasar jantan kaberet.

Tiba-tiba terdengar pulak suara mengeruh. Kuat pulak tu. Apa lagi ni?


Bersambung


Sebelum-sebelum ini...

Cerita Gunung Agung, Bali - Episod 1 (2 April 2012)
Cerita Gunung Agung, Bali - Episod 2 (2 April 2012)

8 comments:

  1. heheheh..really enjoy baca ur blog cos i pun suke travel jgk :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih ceklala. tolong promote ye

    ReplyDelete
  3. enjoy dgn blog nie.. entry2 yang sgt menarik.. rasa macam nk pegi mendaki bukit skg jgk.. <3 :)

    ReplyDelete
  4. Sampai episod 3 je kee..tak sabar nak tau sambungan..

    ReplyDelete
  5. tolonglah doakan semoga I rajin nak menyambung episod seterusnya. hehe

    ReplyDelete
  6. Bro ada emel ke fb ke boleh contact rasa nak daki jugak dlm tahun ni
    Fb nodin zenedin

    ReplyDelete
  7. woi sambung la.. mana leh separuh jalan. ke ko separuh jalan tony.

    ReplyDelete
  8. dah nov 2015 ni.. aku punye la baca.. last2 br aku tau cerita ni xabes... cmon brah.. abisin

    ReplyDelete