Wednesday, April 18, 2012

Jakarta - Bandung - Jakarta. Episod 2

Oleh Apen
jomweh@gmail.com

Semalam ada sorang student kasi no. supir kat kitaorang. Dia kata, supir ni memang baik la. Bayar RM80 sehari, dia ikut kau mana je kau pegi, dia bawak kau mana kau nak pegi. Kata student kat situ, supir tu memang paling murah, kalau lain-lain supir mau atas RM100. So kitaorang plan nak suruh supir tu hantar kitaorang kat Bandung je.

Kebetulan pagi tadi, Sham dapat call dari office dia. Ada projek urgent. So, dia kena balik. Then, terpaksa, nak buat macam mana. Sham tak jadi ikut pegi Bandung, dia balik Malaysia esok. Tinggal aku, awek aku (kini isteri) Sapik, Kerel je lepas ni.

Berbalik kepada cerita Supir tadi, call punya call, hari ni dia tak boleh hantar. Esok boleh. So plan ke Bandung mula esok. Sementara nak tunggu esok tu, kitaorang spent time sikit la ngan Sham. So, Sham yang pernah belajar kat Jakarta ni dulu, dia bawak jalan-jalan pegi ke Mangga 2. Tempat makcik-makcik dan akak-akak beli tudung, telekung, baju batik dan baju-baju perempuan seperti yang korang sedia maklum skang ni lah. 



Disebabkan ni lah kali pertama aku keluar negara dari sejak aku lahir, jadi aku spent duit sket untuk beli sourvenir untuk sedara mara. Beli tudung sikit, beli telekung sikit, beli kain batik, kain pelekat. Haha. Dah macam makcik-makcik dah hah. Tapi memang murah lah. Kain pelekat, kain batik RM6 sehelai. Mau nya tak aku beli sampai 30 helai. Hahaha.


ESOK

Kitaorang bangun dalam pukul 7 macam tu, packing barang-barang sikit untuk bawak ke Bandung. Barang yang lain yang shopping macam orang gila semalam tu tinggal kat Wisma Malaysia ni. Sebab murah sangat Wisma Malaysia ni, aku sewa buat letak barang je la sementara nak pegi Bandung. Kalau ikutkan nak je sewa 2 tahun terus, boleh bayar one shot terus je. Haha. OK, OK, serius sikit.

Pak Supir pon sampai lah kurang lebih jam 10am macam tu, naik van Daihatsu. Kalau kat Malaysia orang panggil Perodua Rusa. Then kitaorang siap-siap terus gerak. Pak Supir bahasakan diri dia Om.


Jadi, plan kitaorang, dari Jakarta ke Bandung, ikut jalan kampung! Yes! Kitaorang bagitau la Om tu.

Om cakap, “bisa bisa.”

Katanya lagi, kalau ikut highway Jakarta-Bandung ambik masa dalam 4 jam, jadi kalau ikut jalan kampung mungkin dalam 8 jam.

OK ni gambaran perjalanan kitaorang!


 Bersambung...


Sebelum dan selepas...

Jakarta - Bandung - Jakarta. Episod 4
 

16 comments:

  1. salam bro..kalau boleh nak num supir tu ley x?
    saya bulan 7 ni insyaallah grak sana..

    azim_yahaya@hotmail.com

    thanks..
    :)

    ReplyDelete
  2. salam..
    boleh saya dapatkan no supir tuh tak?
    berminat nak hired dia utk ground tour jakarta on january next year..

    nuruledayu1102@gmail.com

    tq..:)

    ReplyDelete
  3. salam saya pun nak no supir bole? nak jln ngan family jan 2013 ni. trima ksih. :)

    ReplyDelete
  4. Salam. Boelh dptkan no supir tu x? Email kn dkt sy amirah.anuar87@gmail.com. Thanks.

    ReplyDelete
  5. Salam.boleh x mntk no supir tu?emailkan kat iewa1505@yahoo.com.thanks!

    ReplyDelete
  6. salam akak.boleh x nk no supir tu?tq in advance.
    emel dairygurlz_90@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Salam..kalau boleh nak nombor supir tu ye..thanks a lot!
    erieshya@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. boleh bagi no tel supir dan email kepada saya email. nubhanby@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. assalam . boleh mnt no supir ? ni email : princess.sakura5@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Sy pon nak num supir tu. Emailkan kt sy bole efa_licious@yahoo.com Τђąņk ўσυ

    ReplyDelete
  11. boleh saya nak nombor supir tersebut. sebab saya pon student jgk neh.
    hihihi. bajet memang xmau lebih rm 300 pon. nk sightseeing jer kat jakarta bandung neh. thanks

    ReplyDelete
  12. oh email kan dekat rajerajo@gmail.com okey?
    trimas trimas

    ReplyDelete
  13. nak no supir tu boleh email kat jaafarshah.whk@gmail.com terima kasih

    ReplyDelete
  14. hye...bole mintak no fon om supir? hehe..tlg email ke anime_5184@yahoo.com.. tq

    ReplyDelete
  15. pakej pelancongan dan transport bandung murah giler

    pakarholiday tours and travel

    2nd floor
    Jalan Terusan Jakarta no 378 kav 49
    Kota Bandung
    Tlp +6288218357412 , Mobile +6281224413595
    WhatsApp : +6287821738686
    Email : infopakarholiday@gmail.com
    Website : www.pakarholiday.com

    ReplyDelete