Sunday, April 15, 2012

Cerita Shanghai - Episod 1

Oleh Tony Monero
jomweh@gmail.com

Hari Kedua di Shanghai


TET tet tet. Aku check telefon, dapat SMS daripada si Audra. "Tony (bukan nama sebenar), kalau you nak lunch sendiri pun OK. Kat sini banyak makanan non-halal. But make sure you sampai balik kat hotel before 2pm tau. Dalam pukul 2.15 kita gerak pergi event tu."

"Roger," balas aku pendek. Nasib baik aku dah print siap-siap senarai restoran halal kat Shanghai ni. Aku keluar bilik, turun ke lobi dan terus menuju kaunter resepsi. Aku tunjuk senarai restoran halal yang aku bawa kepada mamat kat kaunter dan tanya dia restoran yang mana paling hampir dengan hotel tempat aku menginap ketika itu.

Mamat tu belek kertas yang aku tunjuk padanya dan kemudian bulatkan restoran keempat dalam senarai kertas tu.

"Rasanya restoran ni paling dekat. Kalau naik teksi tak sampai 10 minit," jelasnya. "Boleh tolong tulis dalam bahasa Cina tak supaya mudah pemandu teksi tu nak cari nanti," pinta aku. Mamat tu pun ambik kertas kosong dan tulis alamat restoran dimaksudkan dalam bahasa Cina.

"Biar saya panggilkan teksi," katanya selepas selesai menulis. Mesra semacam je mamat ni, gay ke apa.

Selepas ucapkan terima kasih sambil tersenyum pahit, aku tunggu teksi depan hotel. Tak sampai dua minit teksi sampai. Aku masuk dan suakan kertas bertulis alamat restoran dalam bahasa Cina itu kepada pemandu teksi. Dia mengangguk dan bercakap dua tiga patah perkataan Mandarin. Aku angguk je buat-buat faham.


Sepanjang perjalanan, sempatlah aku perhatikan pelbagai benda kat kota Shanghai ni. Antara yang menarik perhatian, aku nampak pondok telefon lengkap dengan wifi. Camno nak guna tak taulah pulak, aku perati dari jauh je.

Lagi satu, kat Shanghai ni banyak betul jejambat jenis tinggi. Betul punya tinggi tau, lebih kurang tinggi enam, tujuh, lapan tingkat bangunan jugakla.

Berbalik kepada cerita nak cari restoran tadi, kira-kira 10 minit perjalanan, pemandu teksi tu pun berhenti depan satu restoran ni. Tapi yang peliknya, tak ada pulak nampak ciri-ciri keislaman kat restoran ni. Aku tak puas hati, aku tanya pemandu teksi tu lagi sekali. Dia ngangguk. Aku bayar, kemudian turun. Teksi tu terus berambus macam pelesit.


Restoran ni nampak tak ada beza pun dengan restoran Cina lain, baik kat Malaysia, mahupun di luar negara. Dekat papan tanda ada gambar udang, ketam, ikan semua. Restoran makanan laut agaknya ni. Aku berjalan dekat depan pintu utama.

Dekat luar ada diletaknya beberapa binatang yang aku andaikan lauk pilihan untuk pelanggan. Ada ketam, udang, kepah, binatang macam rupa gamat, katak...Huh? Katak? Kena getah dah aku ni. Gampang!


Bersambung...


Cerita selepas ini...

Cerita Shanghai - Episod 2 
Cerita Shanghai - Episod 3

3 comments: