jomweh@gmail.com
Dalam kedinginan disapu angin Shanghai, aku nampak sorang mamat ni, pakai spek bulat pastu berjaket hitam kalau tak salah. "Baik aku tanya mamat ni. Nampak muka macam nerd dah, mesti tau speaking ni," bisik hati aku.
"Excuse me, do you know any Muslim restaurant nearby?" tanya aku. Mamat tu nganga mulut. Aku suakan kertas alamat yang aku bawak. "Oo ooo ooo. come, let me show you," kata dia. "Sorry, my English not so good," katanya lagi sambil mencari alamat restoran berkenaan.
Kami berjalan dalam 13 tapak menyusur laluan menghala ke jalan besar. Mamat tu tiba-tiba berhenti sambil pandang kertas alamat restoran, pastu dia pandang restoran sebelah kiri dia. Eh, ini restoran jual katak puru hidup tadi.
"Here, here, this is the place," katanya sambil jari telunjuk kirinya menunjukkan arah restoran tu. "Here? Are you sure?" tanya aku sambil mengerutkan dahi. "Yes, yes, this is the address," jawabnya pasti sambil empat kali menganggukkan kepala.
Aku garu kepala. "Ok thank you so much for your help," kata aku. "No problem," jawabnya ringkas sebelum berlalu meninggalkan aku yang masih menggaru kepala.
Kreok! kreok! Haih, perut dah lapar gila ni. Siap ada bunyi lagi. "Sabar ye perut. Kejap lagi aku isi makanan," aku bercakap sorang diri sambil tangan menepuk-nepuk perut yang dah makin kosong isinya.
Haih, kena getah lagi. Sah-sah 'mangkuk' kat hotel tadi salah tulis ni. Aku masih tak puas hati. Aku belok ke jalan belah kanan.
Tiba-tiba aku nampak satu bangunan yang designnya ada macam kubah. "Ini lah kot," bisik hati aku. Aku masuk dalam tempat tu, boleh tahan juga besar. Ada dalam lebih 20 meja semuanya. Aku tanya penyambut tetamu dua orang kat kaunter depan sama ada kedai tu restoran halal. Kedua-duanya mengangguk kepala sambil menyuakan menu makanan kepada aku.
Aku tengok menu, dari muka depan sampai belakng sekali. Takde satu pun yang nampak best. Ah, belasah jelah. Aku minta mi daging satu mangkuk.
Slurp, cait tak rasa apa pun. tawar. Pastu ada rasa herba. Boleh dikatakan kalau masuk hell's kitchen ni ada peluang dah nak kena baling kat dinding mi ni. Ah, pedulikan, lapar punya pasal, belasah jelah.
Lama jugak aku ambik masa nak melantak mi tu, dalam 20 minit. Aku tetiba rasa macam nak pekena kopi. Sebagai pencinta kopi tegar, memang aku tak boleh tak dapat kopi. Mi ada lebih daripada separuh lagi nak habis ni.
Aku paling belah kiri. Ada dua pelayan sedang menunggu masa nak membantu pelanggan. Aku senyum dulu seround. Dua-dua pelayan senyum balik kat aku. Nampak merah betul pipi diaorang ni. Tau pulak malu.
"Can I have a cup of coffee, black?" tanya aku sopan penuh ciri-ciri lelaki soleh. Dua-dua minah tu kerutkan dahi sambil bercakap dalam bahasa Mandarin. "Coffee?" aku ulang soalan. Dua-dua geleng kepala.
Aku buat isyarat macam orang tuang air dalam cawan, pastu kacau-kacau. Tiba-tiba sorang tu nampak macam paham. Dia cari sesuatu kat atas meja berhampiran. Pastu dia tunjuk...lada sulah. Aku geleng kepala sambil ulang lagi," Coffee, coffee". Dia ambik pulak botol kicap. Aku geleng kepala lagi. Minah tu garu kepala sambil mengomel dalam bahasa Mandarin. Haih, payah betul.
Bersambung
Cerita sebelum dan selepas ini...
Cerita Shanghai - Episod 1
Cerita Shanghai - Episod 3




hahahah..susah jugak kan kalo pegi tmpt org yang tak fhm bahasa asing ni..da mcm berckp ngn ayam dan itik jek hihihi
ReplyDelete