Sunday, May 27, 2012

Cerita Final Piala FA 2012 Chelsea Vs Liverpool

Oleh Tony Monero
jomweh@gmail.com


F**K Off, Chelsea FC, you ain't got no history. Five European Cups, 18 Leagues, that's what we call history.

Itu bait lirik lagu paling kerap kedengaran saat aku mengunjungi Stadium Wembley baru-baru ini, ketika perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea dan Liverpool. Best jugak lagu tu, sampai boleh hafal.

Banyak lagi lagu yang fan Liverpool nyanyi, antara yang aku ingat "Chelsea red boys, Chelsea red Boys, hello! hello!". Aku andaikan diaorang nyanyi macam tu untuk beberapa bekas player Liverpool yang sekarang main dengan Chelsea.

Ada jugak lagu The Yellow Submarine’, dendangan kumpulan The Beatles yang ditukar menjadi ‘A Team of Carraghers’, dan lagu Luis Garcia yang dah enam, tujuh tahun tak main dengan Liverpool pun diaorang belasah nyanyi. Memang gempak habis.

Fans Chelsea ada jugak yang membalas, tapi dalam dua, tiga orang je lah. Memang tak dapek nak lawan langsung.

"Fans Liverpool memang gila,” kata Kelly wartawan sebuah penerbitan Inggeris di Malaysia yang ikut sama masa aku pergi Wembley hari tu.

Bukan bias kepada pasukan Liverpool yang memang penulis minati sejak kecil, tetapi itulah hakikat yang dapat disaksikan ketika itu.

Aku sebenarnya tak masuk pun dalam stadium, cuma lepak sampai pintu masuk je. Mana nak masuk, aku check tiket harga sampai 400 pound sterling (RM2,000). Dekat setengah bulan gaji tu.



Imbas Kembali: Setengah Jam Sebelum Itu

Tepat jam 2.30 petang (waktu London) selepas mendaftar keluar dari Hotel Danubius di Regents Park iaitu tempat aku menginap selama lima hari di London, aku dan tiga rakan lain  menuju stesen transit aliran massa (MRT) bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘tube’ bagi kawasan St John’s Wood yang terletak 200 meter dari hotel situ.

“Kita makan dulu,” cadang Kelly. Kami masuk ke sebuah restoran terletak berhampiran stesen itu bagi mengalas perut.

Kelihatan beberapa penyokong Liverpool dan Chelsea dengan menyarung jersi pasukan pujaan masing-masing tengah menjamu selera.

Lepas makan, kami jalan kaki ke stesen St John’s Wood yang mempunyai line sama dengan Wembley Park, stesen dekat Stadium Wembley.

“Tak payah tukar tren. Wembley Park pun guna jalur Jubilee juga,” kata aku kepada rakan lain. Mereka hanya anggukkan kepala, lepas tu pergi ke mesin jualan tiket.


Boleh tahan jugak sesak kat dalam tren. Penuh dengan peminat kedua-dua pasukan. Semuanya bukan main  bersemangat lagi aku tengok. Di satu sudut, aku nampak tiga empat orang remaja nyanyi lagu popular yang diubahsuai liriknya memuji pemain pujaan masing-masing.

Perjalanan dari stesen St John’s Wood ke Wembley Park memakan masa hampir 20 minit dengan menempuh lapan stesen semuanya. Di setiap persinggahan, ada saja peminat kedua-dua pasukan menyerbu ke dalam tren.

Kami tiba di stesen Wembley Park jam 4 petang. Tinggal sejam sebelum perlawanan dimulakan. Keluar saja tren, angin dingin kota London menerjah ke muka. Kami berempat menyilang tangan bagi mengurangkan kesejukan.

Dari jauh, kelihatan Stadium Wembley tersergam megah. Lautan manusia dengan jersi merah dan biru berasak-asak menuju stadium yang terletak 300 meter dari stesen tube.

Keluar saja dari stesen, kelibat dua rakan wartawan tak nampak langsung. Lepas mencari beberapa ketika dan masih tidak bertemu, aku dengan Kelly ambil keputusan teruskan ‘misi’ menuju pintu masuk stadium.

Beberapa langkah berjalan, kami dikejutkan bunyi nyanyian lantang sekumpulan 20 penyokong Liverpool menyanyikan lagu yang antara lain liriknya menyindir pasukan Chelsea.

"F**K Off, Chelsea FC, you ain't got no history. Five European Cups, 18 Leagues, that's what we call history".


Peminat Chelsea kebanyakannya hanya berdiam diri. Cuma dua atau tiga orang yang membalas, namun suara mereka nyata tenggelam. “Peminat Liverpool memang gila,” kata Kelly di saat kumpulan itu berlalu pergi.

Bukan bias kepada pasukan Liverpool yang memang aku minat sejak kecil, tetapi itulah hakikat yang dapat disaksikan.

Tamat Imbas Kembali

“Meremang bulu roma aku,” kata Kelly. Aku cuma tersenyum (eh ke buat tak tahu ek?) sambil jari tangan tidak putus-putus menekan butang kamera.

Macam-macam pesen  manusia aku nampak, tapi yang pasti, semuanya bersemangat bukan main. Kat tepi jalan, ada sorang peminat Liverpool dalam lingkungan 40-an sangkut kadbod kat leher sambil tangannya memegang pembesar suara.

Dengan loghat pekat ‘Scouse’ dia mengajak orang ramai memboikot akhbar ‘The Sun’ yang didakwa melaporkan berita tidak benar dan berat sebelah mengenai tragedi Hillsborough yang meragut 96 nyawa, 23 tahun lalu.


Penjual cenderahati pulak memang tak menang tangan melayan kerenah peminat yang nak beli barang cendera hati yang dijual sempena perlawanan.

Aku pun apa lagi, mana boleh lepas peluang membeli sehelai skaf dan buku program perlawanan akhir yang setiap satunya berharga 10 pound (RM50).


Lepas bayar, tiba-tiba aku nampak sepasang kekasih (ke laki bini tah) muka Melayu singgah kat gerai tu. Yang si jantan pakai jersi Liverpool, awek dia  pulak Chelsea.

Kami meneruskan perjalanan mengikut laluan disediakan untuk peminat Liverpool di sebelah kiri stadium, manakala laluan sebelah kanan dikhususkan kepada penyokong Chelsea.

Penyokong pasukan Liverpool kebanyakannya datang secara berkumpulan sambil bernyanyi dan bersorak seolah-olah tentera menuju medan peperangan.

Setengah jam berjalan, kami akhirnya sampai ke pintu pagar masuk stadium. Dua anggota polis berkuda mengawasi penyokong, terutama yang memegang tin bir. Mana yang agak-agak nampak macam nak mabok, polis sound terus tak bagi minum dah.


Poster dan kadbod kelihatan di mana-mana. Apabila ada yang menyanyi, ada saja yang menyahut. Tepat jam lima petang, kedengaran sorakan bergemuruh penonton setiap kali nama pemain diumumkan.
Selesai mengambil gambar di depan stadium, kami mengambil keputusan untuk beredar.

Perjalanan menuju stesen tube lebih sukar dan lambat kerana terpaksa menempuh puluhan ribu penyokong yang datang dari arah bertentangan.

Ketika sampai di tangga stesen Wembley Park, aku terpisah pulak daripada Kelly yang hari itu akan pulang ke Malaysia. Aku pulak mengambil cuti seminggu untuk melawat rakan di London.


Memang agak kecewa jugak sebab tak dapat masuk tengok game live hari tu, tapi aku tetap puas hati dapat rasa pengalaman berada di perkarangan Stadium Wembley ketika perlawanan akhir Piala FA.

Ends

Wednesday, May 16, 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam. Episod 3.


Oleh Apen
jomweh@gmail.com


KALAU korang nak tahu macam mana rasanya duduk dalam kubur, Haaa..memang ini tempat paling sesuai lah. Hahaha. Tempat paling terbaik korang kena datang tengok kalau dah sampai Ho Chi Minh City.

Perjalanan dari Ho Chi Minh City ke Củ Chi Tunnel ni ambil masa dalam 2 jam lebih lah kalau masuk traffic jam semua. Tapi aku rasa tak susah lah kalau nak ke sini sebab tempat ni memang famous dan semua orang tahu.


Kat Củ Chi Tunnel korang boleh tengok sendiri terowong-terowong bawah tanah yang orang Vietnam (komunis) buat masa perang dengan Amerika dulu. Oleh kerana Vietnam ni takde senjata canggih-canggih, so diorang buat lah tunnel ni dan jerangkap samar dalam hutan. Bawah tanah ni diorang boleh buat bilik-bilik macam bilik meeting, bilik tidur, bilik makan, bilik sembunyi dan antara bilik-bilik tu disambungkan dengan terowong-terowong tu lah. Lubang masuk terowong ni ada banyak. Kecik ada besar pun ada.

Kagum gila, dan yang paling tak best bila dengar tourist guide tu cakap, ada jugak askar Vietnam yang sesat dalam terowong tu, tak jumpa jalan keluar and mati terus dalam tu. Damn! 

Sepanjang perjalanan track kawasan Củ Chi Tunnel tu, ada lah diorang display alat-alat jerangkap samar yang agak gerun jugak. Kalau termasuk dalam tu, Innilillah lah jawabnya.


Kat kawasan Củ Chi Tunnel ada la jugak komunis-komunis poser, hahaha. Makan gaji buta. Kerja melepak je. Yang rajin sikit tukang tunjuk arah. Takde semangat komunis langsung diorang ni.


Bila korang try masuk terowong ni, memang ada satu perasaan yang aku pun taktau nak cakap macam mana. Dah la gelap, suam-suam panas plak tu, rasa macam tak cukup oksigen pun ada. The best experience weh! Rasa berdebar-debar lah. Bila dah masuk tu, rasa macam nak cepat-cepat keluar plak. Bukan kena jalan biasa tau, kena jalan itik. Fuh!

Last, sebelum keluar dari kawasan Củ Chi Tunnel, ada satu benda best jugak. Kawasan menembak guna senapang dan peluru betul. Yang tak best nya, mahal. Sebijik peluru 12 ringgit kalau tak silap aku, minimum kena beli 10 bijik.


Owh. Satu lagi benda yang aku tak boleh lupa, tourist guide tu pesan, sila lah ikut track yang disediakan. Sebab tempat ni tempat perang, so orang komunis yang perang dulu ada pasang periuk api dan jerangkap samar, ada yang diorang tak jumpa sampai sekarang. Hahaha. Kot-kot kalau lah korang terpijak, mati berkecai lah kat situ. Hahaha. Tak tahu lah aku dia ni cakap betul ke tak tapi kalau dia tipu aku, maksudnya aku pun tipu korang jugak lah.

Bersambung..

Friday, May 4, 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam. Episod 2.


Oleh Apen
jomweh@gmail.com

BILA pikir pasal makan kat Vietnam je, mesti orang pikir anjing panggang, takpun babi goreng. Haha. Relax la, jangan takut sangat. Takde la susah mana pun nak cari makan pon kat Ho Chi Minh City ni.

Setakat yang aku pegi, ada 3 restoran halal yang aku jumpa. Makanan agak menarik la jugak.  

First restoran, Four Seasons Restaurant (Restoran Empat Musim). Masakan melayu ada, Vietnam pun ada. Tomyam pun ada. Owner dia kalau tak silap aku Cina muslim, orang Malaysia, kahwin ngan orang Vietnam pastu terus duduk sana bukak restoran ni. Waiter ngan waitress dia boleh cakap melayu sikit-sikit. Harga berpatutan lah. Kalau aku ada kuasa bagi bintang, aku bagi 3.5 dari 5 bintang.


Second restoran halal yang aku makan, Halal @ Saigon. Haa..restoran ni stylo sikit. Deco restoran dia style. Makanan dia sedap. Owner dia orang Melayu Islam Malaysia. Disebabkan tempat dia dalam bandar Ho Chi Minh City, jadi harga dia mahal sikit la. Macam Four Seasons Restaurant jauh sikit dari bandar Ho Chi Minh City. Landmark restoran ni, dia berhadapan dengan masjid Jamia Thanh-Duong, Ho Chi Minh City. Menu lebih kurang sama macam Four Seasons Restaurant jugak. Ada makanan melayu, Vietnam. Tapi tak pelancong asing la makan makanan negara sendiri kat negara orang. Haha.


Ok, restoran third, restoran India Muslim. Kira mamak lah. Makanan halal. Nasi beriyani dia sedap! Makanan lebih kurang mamak kat Malaysia je. Harga agak murah dari restoran yang aku pegi sebelum ni. Tempat dia jauh sikit dari Ho Chi Minh City ni dan agak tersorok. Jadi pandai-pandai korang la carik restoran ni kalau nak sangat makan mamak kat Ho Chi Minh City ni. Haha. (Sorry gambar signboard kedai je aku ada, gambar makan-makan, gambar makanan takde sebab penat nak tangkap. Lapar time ni weh!)


Ok cara terakhir kalau tak jumpa jugak kedai makanan halal kalau korang dah sampai kat Ho Chi Minh City ni, Makan buah je la. Buah boleh carik kat Cho Ben Thanh Market (aku akan cerita pasal Cho Ben Thanh Market ni kemudian). Haa..buah kat situ bersepah.


Owh yea, alang-alang aku dah cerita pasal makan ni, aku cerita skali kat mana aku tinggal. OK, ni ada gambar hotel yang aku tinggal, 3.5 bintang kalau tak silap. Bilik memang selesa. Harga berpatutan. Kalau tak silap aku, bilik yang aku duduk ni RM200, siap ngan breakfast babi goreng.


Satu lagi, duit Vietnam nilai dia sama macam duit Indonesia. Matawang dia Dong. Kalau RM1 sama dengan 4000 Dong lebih kurang. Tu time aku pegi la. Kalau korang nak pegi, cek sendiri lah yea!


Bersambung...

Tuesday, May 1, 2012

Jakarta - Bandung - Jakarta. Episod 4


Oleh Apen
jomweh@gmail.com

DALAM perjalanan ke Puncak Highland, masing-masing dah lapar macam kanibal holocaust dan kebetulan pulak tu lalu depan satu kedai Masakan Sunda di kaki Bukit Puncak tu. Memang tak cerita banyak ah!


Makanan memang terbaik lah. Aku dah tak berapa ingat apa yang kitaorang makan, tapi yang pasti nasi dia bungkus dengan daun pisang kalau tak silap aku.

Owh ya, dan satu lagi untuk peringatan kepada semua-semua yang nak makan kat kedai-kedai di Indonesia, air limau (air yang bercampur limau nipis) di setiap meja makan adalah bukan untuk diminum yea! Itu untuk basuh tangan. Aku kasitau sebab ada orang nak nyaris-nyaris minum! Haha. Maklum la first time datang negara orang.

Selepas melantak sepuasnya, beredar lah kitaorang dari kedai makanan Sunda tu. Dalam perjalanan nak naik ke Puncak tu, dah terasa dah udara kat luar kenderaan yang kitaorang naik macam dah sejuk-sejuk sikit.


 Puncak Highland ni kalau kat Malaysia lebih kurang macam Cameroon Highland lah. Tempat dia sejuk. Pastu tempat tanam teh. Cadangnya kitaorang nak bermalam kat Puncak ni sehari, tapi apa kan daya, rasa macam rugi masa kalau bermalam kat Puncak ni, sebab kat Puncak ni takde apa sangat. So kitaorang naik Puncak, tangkap-tangkap gambar, pastu turun balik.


 Dan dalam perjalanan dari Puncak ke Bandung tu, lalu banyak juga perkampungan. Tapi rasa macam lalu kat Kedah pula sebab banyak sawah padi. Hihi.


Sorry la 2 gambar last ni blur sebab dah penat duduk dalam kereta lama sangat. hahaha. Nak tunjukkan yang aku lalu sawah padi je.

Bersambung... 


Sebelum-sebelum ini..