jomweh@gmail.com
Itu bait lirik lagu paling kerap kedengaran saat aku mengunjungi Stadium Wembley baru-baru ini, ketika perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea dan Liverpool. Best jugak lagu tu, sampai boleh hafal.
Banyak lagi lagu yang fan Liverpool nyanyi, antara yang aku ingat "Chelsea red boys, Chelsea red Boys, hello! hello!". Aku andaikan diaorang nyanyi macam tu untuk beberapa bekas player Liverpool yang sekarang main dengan Chelsea.
Ada jugak lagu The Yellow Submarine’, dendangan kumpulan The Beatles yang ditukar menjadi ‘A Team of Carraghers’, dan lagu Luis Garcia yang dah enam, tujuh tahun tak main dengan Liverpool pun diaorang belasah nyanyi. Memang gempak habis.
Fans Chelsea ada jugak yang membalas, tapi dalam dua, tiga orang je lah. Memang tak dapek nak lawan langsung.
"Fans Liverpool memang gila,” kata Kelly wartawan sebuah penerbitan Inggeris di Malaysia yang ikut sama masa aku pergi Wembley hari tu.
Bukan bias kepada pasukan Liverpool yang memang penulis minati sejak kecil, tetapi itulah hakikat yang dapat disaksikan ketika itu.
Aku sebenarnya tak masuk pun dalam stadium, cuma lepak sampai pintu masuk je. Mana nak masuk, aku check tiket harga sampai 400 pound sterling (RM2,000). Dekat setengah bulan gaji tu.
Imbas Kembali: Setengah Jam Sebelum Itu
Tepat jam 2.30 petang (waktu London) selepas mendaftar keluar dari Hotel Danubius di Regents Park iaitu tempat aku menginap selama lima hari di London, aku dan tiga rakan lain menuju stesen transit aliran massa (MRT) bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘tube’ bagi kawasan St John’s Wood yang terletak 200 meter dari hotel situ.
“Kita makan dulu,” cadang Kelly. Kami masuk ke sebuah restoran terletak berhampiran stesen itu bagi mengalas perut.
Kelihatan beberapa penyokong Liverpool dan Chelsea dengan menyarung jersi pasukan pujaan masing-masing tengah menjamu selera.
Lepas makan, kami jalan kaki ke stesen St John’s Wood yang mempunyai line sama dengan Wembley Park, stesen dekat Stadium Wembley.
“Tak payah tukar tren. Wembley Park pun guna jalur Jubilee juga,” kata aku kepada rakan lain. Mereka hanya anggukkan kepala, lepas tu pergi ke mesin jualan tiket.
Boleh tahan jugak sesak kat dalam tren. Penuh dengan peminat kedua-dua pasukan. Semuanya bukan main bersemangat lagi aku tengok. Di satu sudut, aku nampak tiga empat orang remaja nyanyi lagu popular yang diubahsuai liriknya memuji pemain pujaan masing-masing.
Perjalanan dari stesen St John’s Wood ke Wembley Park memakan masa hampir 20 minit dengan menempuh lapan stesen semuanya. Di setiap persinggahan, ada saja peminat kedua-dua pasukan menyerbu ke dalam tren.
Kami tiba di stesen Wembley Park jam 4 petang. Tinggal sejam sebelum perlawanan dimulakan. Keluar saja tren, angin dingin kota London menerjah ke muka. Kami berempat menyilang tangan bagi mengurangkan kesejukan.
Dari jauh, kelihatan Stadium Wembley tersergam megah. Lautan manusia dengan jersi merah dan biru berasak-asak menuju stadium yang terletak 300 meter dari stesen tube.
Keluar saja dari stesen, kelibat dua rakan wartawan tak nampak langsung. Lepas mencari beberapa ketika dan masih tidak bertemu, aku dengan Kelly ambil keputusan teruskan ‘misi’ menuju pintu masuk stadium.
Beberapa langkah berjalan, kami dikejutkan bunyi nyanyian lantang sekumpulan 20 penyokong Liverpool menyanyikan lagu yang antara lain liriknya menyindir pasukan Chelsea.
"F**K Off, Chelsea FC, you ain't got no history. Five European Cups, 18 Leagues, that's what we call history".
Bukan bias kepada pasukan Liverpool yang memang aku minat sejak kecil, tetapi itulah hakikat yang dapat disaksikan.
Tamat Imbas Kembali
“Meremang bulu roma aku,” kata Kelly. Aku cuma tersenyum (eh ke buat tak tahu ek?) sambil jari tangan tidak putus-putus menekan butang kamera.
Macam-macam pesen manusia aku nampak, tapi yang pasti, semuanya bersemangat bukan main. Kat tepi jalan, ada sorang peminat Liverpool dalam lingkungan 40-an sangkut kadbod kat leher sambil tangannya memegang pembesar suara.
Dengan loghat pekat ‘Scouse’ dia mengajak orang ramai memboikot akhbar ‘The Sun’ yang didakwa melaporkan berita tidak benar dan berat sebelah mengenai tragedi Hillsborough yang meragut 96 nyawa, 23 tahun lalu.
Aku pun apa lagi, mana boleh lepas peluang membeli sehelai skaf dan buku program perlawanan akhir yang setiap satunya berharga 10 pound (RM50).
Kami meneruskan perjalanan mengikut laluan disediakan untuk peminat Liverpool di sebelah kiri stadium, manakala laluan sebelah kanan dikhususkan kepada penyokong Chelsea.
Penyokong pasukan Liverpool kebanyakannya datang secara berkumpulan sambil bernyanyi dan bersorak seolah-olah tentera menuju medan peperangan.
Setengah jam berjalan, kami akhirnya sampai ke pintu pagar masuk stadium. Dua anggota polis berkuda mengawasi penyokong, terutama yang memegang tin bir. Mana yang agak-agak nampak macam nak mabok, polis sound terus tak bagi minum dah.
Selesai mengambil gambar di depan stadium, kami mengambil keputusan untuk beredar.
Perjalanan menuju stesen tube lebih sukar dan lambat kerana terpaksa menempuh puluhan ribu penyokong yang datang dari arah bertentangan.
Ketika sampai di tangga stesen Wembley Park, aku terpisah pulak daripada Kelly yang hari itu akan pulang ke Malaysia. Aku pulak mengambil cuti seminggu untuk melawat rakan di London.
Ends










bestnyeeeee! :)
ReplyDeleteMahal ye tiketnya..tak masuk rugi,,masuk pun rugi..hehe. Nampak sgt minat Liverpool ;D. Peminat nampak berdisiplin ye. Berminat juga nak tau full version antara lagu yg mereka laungkan.
ReplyDeletekah kah. dan dan liverpool power.
ReplyDelete