Wednesday, August 22, 2012
Maaf
KAMI di Jom Weh! ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Bukan tak mau update, tapi kesibukan menunaikan tugas harian selain seorang daripada pentadbir blog ini, Apen, baru memperoleh anak kedua baru-baru ini menyebabkan kami tidak sempat menambah jumlah entry, meskipun masih banyak yang ingin kami ceritakan.
Sunday, June 24, 2012
Cerita Shanghai - Episod 3
Oleh Tony Monero
jomweh@gmail.com
TIBA-TIBA datang seorang lagi rakan pelayan tu. Dia
suruh kedua-dua pelayan tadi pergi ke tepi. Aku andaikan yang ni mesti
supervisor diaorang ni. nampak otai dan agak bijak.
Dia soal aku dalam bahasa Mandarin. Aku agak-agak mesti dia tanya aku nak apa. Aku pun cakap nak kopi hitam. Dia angguk kepala. Akhirnya, ada jugak orang yang paham permintaan aku yang dah dekat lima minit cuba menjelaskan apa yang aku hendak.
Aku duduk bersandar sambil main angkat-angkat sikit kaki kerusi depan. Tiba-tiba amoi supervisor tu datang bawak sesuatu dalam sudu, pastu terus masukkan dalam mi daging sup aku.
Lerrr, dia masukkan sambal cili dalam tu. Takdak warning dah. Aku tergamam kejap. Lepas tu bagi satu senyuman pahit kepadanya sambil jari tangan menunjukkan isyarat bagus.
Payah betul la. Amoi supervisor mengangguk-angguk kepala sambil berkata sesuatu kepada dua pelayan yang mula-mula tadi. Boleh tahan jugaklah kembang hidung dia.
Mahu tak mahu aku terus jugaklah suap mi daging tu. Eh, rasa sedap jugak bila dah campur sambal cili ni. Aku sekali lagi tunjuk isyarat bagus pada amoi supervisor tu. Dia membalas dengan menunjukkan juga isyarat bagus kepada aku. Dah bertambah besar aku tengok diameter lubang hidung dia.
Aku tengok jam, dah dekat pukul 2pm. Alamak kena blah dah ni. Aku cepat-cepat hirup sup, makan daging dalam dua tiga ketul, pastu mintak bil. Lepas bayar aku bergegas keluar. Eh, sebelum balik kena ambik gambar dulu ni.
Tengah syok ambik gambar, si Audra hantar mesej: "Tony, tak jadi gerak pukul dua, kita gerak dalam 2.30". Puh lega, boleh ambik gambar banyak sikit dan err, pekena rokok lagi sebatang. Puf, puf, aku hembus asap rokok. Tapi asap tak habis-habis. Maklumlah, tempat cuaca sejuk ni kalau tak isap rokok pun asap keluar.
Abis rokok, aku tunggu teksi tepi jalan.
9 Minit Selepas Itu
Ah, tak boleh jadi ni, aku kena buat keputusan cepat. "Baik aku pergi seberang jalan sana, nampak boleh tahan banyak teksi lalu kat situ," aku bercakap sorang-sorang dalam bahasa Melayu. Dua, tiga amoi Shanghai yang lalu bercakap sama sendiri pastu gelak gelak. Gampang! Mesti nak mengorat aku tu.
Aku lintas jalan, pastu pandang tempat aku tunggu teksi tadi. Mak aih, tiba-tiba ada pulak tiga bijik teksi lalu. Gambang! Masa makin suntuk. Si Audra dah hantar SMS lagi tanya aku kat mana. Aku balas mesej. Tapi kredit dah habis. Gampang!
Bersambung
Cerita sebelum-sebelum ini...
Cerita Shanghai - Episod 1
Cerita Shanghai - Episod 2

Teksi masih tak muncul. Kalau lalu pun tak nak berhenti. Gampang! Ni kes naya ni. Aku tarik nafas dalam-dalam, lepas tu hembus. Keluar lagi asap. Aku cuba buat asap bulat-bulat tapi hampa.
Ah, tak boleh jadi ni, aku kena buat keputusan cepat. "Baik aku pergi seberang jalan sana, nampak boleh tahan banyak teksi lalu kat situ," aku bercakap sorang-sorang dalam bahasa Melayu. Dua, tiga amoi Shanghai yang lalu bercakap sama sendiri pastu gelak gelak. Gampang! Mesti nak mengorat aku tu.
Aku lintas jalan, pastu pandang tempat aku tunggu teksi tadi. Mak aih, tiba-tiba ada pulak tiga bijik teksi lalu. Gambang! Masa makin suntuk. Si Audra dah hantar SMS lagi tanya aku kat mana. Aku balas mesej. Tapi kredit dah habis. Gampang!
Bersambung
Cerita sebelum-sebelum ini...
Cerita Shanghai - Episod 1
Cerita Shanghai - Episod 2
Sunday, June 17, 2012
Cerita Shanghai - Episod 2
Oleh Tony Monero
jomweh@gmail.com
AKU tak puas hati. Camana pulak restoran muslim boleh jual katak. Aku redah jalan ke belakang kot-kot ternampaklah restoran Muslim kat situ, tak ada tanda-tanda pun kewujudan restoran makanan halal.
Dalam kedinginan disapu angin Shanghai, aku nampak sorang mamat ni, pakai spek bulat pastu berjaket hitam kalau tak salah. "Baik aku tanya mamat ni. Nampak muka macam nerd dah, mesti tau speaking ni," bisik hati aku.
"Excuse me, do you know any Muslim restaurant nearby?" tanya aku. Mamat tu nganga mulut. Aku suakan kertas alamat yang aku bawak. "Oo ooo ooo. come, let me show you," kata dia. "Sorry, my English not so good," katanya lagi sambil mencari alamat restoran berkenaan.
Kami berjalan dalam 13 tapak menyusur laluan menghala ke jalan besar. Mamat tu tiba-tiba berhenti sambil pandang kertas alamat restoran, pastu dia pandang restoran sebelah kiri dia. Eh, ini restoran jual katak puru hidup tadi.
"Here, here, this is the place," katanya sambil jari telunjuk kirinya menunjukkan arah restoran tu. "Here? Are you sure?" tanya aku sambil mengerutkan dahi. "Yes, yes, this is the address," jawabnya pasti sambil empat kali menganggukkan kepala.
Aku garu kepala. "Ok thank you so much for your help," kata aku. "No problem," jawabnya ringkas sebelum berlalu meninggalkan aku yang masih menggaru kepala.
Kreok! kreok! Haih, perut dah lapar gila ni. Siap ada bunyi lagi. "Sabar ye perut. Kejap lagi aku isi makanan," aku bercakap sorang diri sambil tangan menepuk-nepuk perut yang dah makin kosong isinya.
Haih, kena getah lagi. Sah-sah 'mangkuk' kat hotel tadi salah tulis ni. Aku masih tak puas hati. Aku belok ke jalan belah kanan.
Tiba-tiba aku nampak satu bangunan yang designnya ada macam kubah. "Ini lah kot," bisik hati aku. Aku masuk dalam tempat tu, boleh tahan juga besar. Ada dalam lebih 20 meja semuanya. Aku tanya penyambut tetamu dua orang kat kaunter depan sama ada kedai tu restoran halal. Kedua-duanya mengangguk kepala sambil menyuakan menu makanan kepada aku.
Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya. Rasa nak buat sujud syukur time tu jugaklah. Pastu buat balik kuang dua-tiga kali. Tapi aku batalkan hasrat tu sebab nak menjaga adab orang Meayu di tempat asing.
Aku tengok menu, dari muka depan sampai belakng sekali. Takde satu pun yang nampak best. Ah, belasah jelah. Aku minta mi daging satu mangkuk.
Seorang daripada penyambut tetamu tu menunjukkan satu meja kosong. Aku duduk lepak sambil menikmati udara dalam kedai yang agak panas berbanding di luar. Selesa sungguh. Aku bukak jaket dan sangkut kat kerusi. Past keluarkan kamera. Snap, snap. Sempat jugaklah ambik empat lima keping gambar sementara menunggu makanan tiba.
Kurang lebih 10 minit, menu yang aku pesan sampai atas meja. Aku yang dah kebuluran tak ambik masa panjang, terus belasah mi daging yang dah terhidang depan mata.
Slurp, cait tak rasa apa pun. tawar. Pastu ada rasa herba. Boleh dikatakan kalau masuk hell's kitchen ni ada peluang dah nak kena baling kat dinding mi ni. Ah, pedulikan, lapar punya pasal, belasah jelah.
Lama jugak aku ambik masa nak melantak mi tu, dalam 20 minit. Aku tetiba rasa macam nak pekena kopi. Sebagai pencinta kopi tegar, memang aku tak boleh tak dapat kopi. Mi ada lebih daripada separuh lagi nak habis ni.
Aku paling belah kiri. Ada dua pelayan sedang menunggu masa nak membantu pelanggan. Aku senyum dulu seround. Dua-dua pelayan senyum balik kat aku. Nampak merah betul pipi diaorang ni. Tau pulak malu.
"Can I have a cup of coffee, black?" tanya aku sopan penuh ciri-ciri lelaki soleh. Dua-dua minah tu kerutkan dahi sambil bercakap dalam bahasa Mandarin. "Coffee?" aku ulang soalan. Dua-dua geleng kepala.
Aku buat isyarat macam orang tuang air dalam cawan, pastu kacau-kacau. Tiba-tiba sorang tu nampak macam paham. Dia cari sesuatu kat atas meja berhampiran. Pastu dia tunjuk...lada sulah. Aku geleng kepala sambil ulang lagi," Coffee, coffee". Dia ambik pulak botol kicap. Aku geleng kepala lagi. Minah tu garu kepala sambil mengomel dalam bahasa Mandarin. Haih, payah betul.
Bersambung
Cerita sebelum dan selepas ini...
Cerita Shanghai - Episod 1
Cerita Shanghai - Episod 3
jomweh@gmail.com
Dalam kedinginan disapu angin Shanghai, aku nampak sorang mamat ni, pakai spek bulat pastu berjaket hitam kalau tak salah. "Baik aku tanya mamat ni. Nampak muka macam nerd dah, mesti tau speaking ni," bisik hati aku.
"Excuse me, do you know any Muslim restaurant nearby?" tanya aku. Mamat tu nganga mulut. Aku suakan kertas alamat yang aku bawak. "Oo ooo ooo. come, let me show you," kata dia. "Sorry, my English not so good," katanya lagi sambil mencari alamat restoran berkenaan.
Kami berjalan dalam 13 tapak menyusur laluan menghala ke jalan besar. Mamat tu tiba-tiba berhenti sambil pandang kertas alamat restoran, pastu dia pandang restoran sebelah kiri dia. Eh, ini restoran jual katak puru hidup tadi.
"Here, here, this is the place," katanya sambil jari telunjuk kirinya menunjukkan arah restoran tu. "Here? Are you sure?" tanya aku sambil mengerutkan dahi. "Yes, yes, this is the address," jawabnya pasti sambil empat kali menganggukkan kepala.
Aku garu kepala. "Ok thank you so much for your help," kata aku. "No problem," jawabnya ringkas sebelum berlalu meninggalkan aku yang masih menggaru kepala.
Kreok! kreok! Haih, perut dah lapar gila ni. Siap ada bunyi lagi. "Sabar ye perut. Kejap lagi aku isi makanan," aku bercakap sorang diri sambil tangan menepuk-nepuk perut yang dah makin kosong isinya.
Haih, kena getah lagi. Sah-sah 'mangkuk' kat hotel tadi salah tulis ni. Aku masih tak puas hati. Aku belok ke jalan belah kanan.
Tiba-tiba aku nampak satu bangunan yang designnya ada macam kubah. "Ini lah kot," bisik hati aku. Aku masuk dalam tempat tu, boleh tahan juga besar. Ada dalam lebih 20 meja semuanya. Aku tanya penyambut tetamu dua orang kat kaunter depan sama ada kedai tu restoran halal. Kedua-duanya mengangguk kepala sambil menyuakan menu makanan kepada aku.
Aku tengok menu, dari muka depan sampai belakng sekali. Takde satu pun yang nampak best. Ah, belasah jelah. Aku minta mi daging satu mangkuk.
Slurp, cait tak rasa apa pun. tawar. Pastu ada rasa herba. Boleh dikatakan kalau masuk hell's kitchen ni ada peluang dah nak kena baling kat dinding mi ni. Ah, pedulikan, lapar punya pasal, belasah jelah.
Lama jugak aku ambik masa nak melantak mi tu, dalam 20 minit. Aku tetiba rasa macam nak pekena kopi. Sebagai pencinta kopi tegar, memang aku tak boleh tak dapat kopi. Mi ada lebih daripada separuh lagi nak habis ni.
Aku paling belah kiri. Ada dua pelayan sedang menunggu masa nak membantu pelanggan. Aku senyum dulu seround. Dua-dua pelayan senyum balik kat aku. Nampak merah betul pipi diaorang ni. Tau pulak malu.
"Can I have a cup of coffee, black?" tanya aku sopan penuh ciri-ciri lelaki soleh. Dua-dua minah tu kerutkan dahi sambil bercakap dalam bahasa Mandarin. "Coffee?" aku ulang soalan. Dua-dua geleng kepala.
Aku buat isyarat macam orang tuang air dalam cawan, pastu kacau-kacau. Tiba-tiba sorang tu nampak macam paham. Dia cari sesuatu kat atas meja berhampiran. Pastu dia tunjuk...lada sulah. Aku geleng kepala sambil ulang lagi," Coffee, coffee". Dia ambik pulak botol kicap. Aku geleng kepala lagi. Minah tu garu kepala sambil mengomel dalam bahasa Mandarin. Haih, payah betul.
Bersambung
Cerita sebelum dan selepas ini...
Cerita Shanghai - Episod 1
Cerita Shanghai - Episod 3
Sunday, May 27, 2012
Cerita Final Piala FA 2012 Chelsea Vs Liverpool
Oleh Tony Monero
jomweh@gmail.com
F**K Off, Chelsea FC, you ain't got no history. Five European Cups, 18 Leagues, that's what we call history.
Itu bait lirik lagu paling kerap kedengaran saat aku mengunjungi Stadium Wembley baru-baru ini, ketika perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea dan Liverpool. Best jugak lagu tu, sampai boleh hafal.
Banyak lagi lagu yang fan Liverpool nyanyi, antara yang aku ingat "Chelsea red boys, Chelsea red Boys, hello! hello!". Aku andaikan diaorang nyanyi macam tu untuk beberapa bekas player Liverpool yang sekarang main dengan Chelsea.
Ada jugak lagu The Yellow Submarine’, dendangan kumpulan The Beatles yang ditukar menjadi ‘A Team of Carraghers’, dan lagu Luis Garcia yang dah enam, tujuh tahun tak main dengan Liverpool pun diaorang belasah nyanyi. Memang gempak habis.
Fans Chelsea ada jugak yang membalas, tapi dalam dua, tiga orang je lah. Memang tak dapek nak lawan langsung.
"Fans Liverpool memang gila,” kata Kelly wartawan sebuah penerbitan Inggeris di Malaysia yang ikut sama masa aku pergi Wembley hari tu.
Bukan bias kepada pasukan Liverpool yang memang penulis minati sejak kecil, tetapi itulah hakikat yang dapat disaksikan ketika itu.
Aku sebenarnya tak masuk pun dalam stadium, cuma lepak sampai pintu masuk je. Mana nak masuk, aku check tiket harga sampai 400 pound sterling (RM2,000). Dekat setengah bulan gaji tu.
Imbas Kembali: Setengah Jam Sebelum Itu
Tepat jam 2.30 petang (waktu London) selepas mendaftar keluar dari Hotel Danubius di Regents Park iaitu tempat aku menginap selama lima hari di London, aku dan tiga rakan lain menuju stesen transit aliran massa (MRT) bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘tube’ bagi kawasan St John’s Wood yang terletak 200 meter dari hotel situ.
“Kita makan dulu,” cadang Kelly. Kami masuk ke sebuah restoran terletak berhampiran stesen itu bagi mengalas perut.
Kelihatan beberapa penyokong Liverpool dan Chelsea dengan menyarung jersi pasukan pujaan masing-masing tengah menjamu selera.
Lepas makan, kami jalan kaki ke stesen St John’s Wood yang mempunyai line sama dengan Wembley Park, stesen dekat Stadium Wembley.
“Tak payah tukar tren. Wembley Park pun guna jalur Jubilee juga,” kata aku kepada rakan lain. Mereka hanya anggukkan kepala, lepas tu pergi ke mesin jualan tiket.
Boleh tahan jugak sesak kat dalam tren. Penuh dengan peminat kedua-dua pasukan. Semuanya bukan main bersemangat lagi aku tengok. Di satu sudut, aku nampak tiga empat orang remaja nyanyi lagu popular yang diubahsuai liriknya memuji pemain pujaan masing-masing.
Perjalanan dari stesen St John’s Wood ke Wembley Park memakan masa hampir 20 minit dengan menempuh lapan stesen semuanya. Di setiap persinggahan, ada saja peminat kedua-dua pasukan menyerbu ke dalam tren.
Kami tiba di stesen Wembley Park jam 4 petang. Tinggal sejam sebelum perlawanan dimulakan. Keluar saja tren, angin dingin kota London menerjah ke muka. Kami berempat menyilang tangan bagi mengurangkan kesejukan.
Dari jauh, kelihatan Stadium Wembley tersergam megah. Lautan manusia dengan jersi merah dan biru berasak-asak menuju stadium yang terletak 300 meter dari stesen tube.
Keluar saja dari stesen, kelibat dua rakan wartawan tak nampak langsung. Lepas mencari beberapa ketika dan masih tidak bertemu, aku dengan Kelly ambil keputusan teruskan ‘misi’ menuju pintu masuk stadium.
Beberapa langkah berjalan, kami dikejutkan bunyi nyanyian lantang sekumpulan 20 penyokong Liverpool menyanyikan lagu yang antara lain liriknya menyindir pasukan Chelsea.
"F**K Off, Chelsea FC, you ain't got no history. Five European Cups, 18 Leagues, that's what we call history".
Peminat Chelsea kebanyakannya hanya berdiam diri. Cuma dua atau tiga
orang yang membalas, namun suara mereka nyata tenggelam. “Peminat
Liverpool memang gila,” kata Kelly di saat kumpulan itu berlalu pergi.
Bukan bias kepada pasukan Liverpool yang memang aku minat sejak kecil, tetapi itulah hakikat yang dapat disaksikan.
Tamat Imbas Kembali
“Meremang bulu roma aku,” kata Kelly. Aku cuma tersenyum (eh ke buat tak tahu ek?) sambil jari tangan tidak putus-putus menekan butang kamera.
Macam-macam pesen manusia aku nampak, tapi yang pasti, semuanya bersemangat bukan main. Kat tepi jalan, ada sorang peminat Liverpool dalam lingkungan 40-an sangkut kadbod kat leher sambil tangannya memegang pembesar suara.
Dengan loghat pekat ‘Scouse’ dia mengajak orang ramai memboikot akhbar ‘The Sun’ yang didakwa melaporkan berita tidak benar dan berat sebelah mengenai tragedi Hillsborough yang meragut 96 nyawa, 23 tahun lalu.
Penjual cenderahati pulak memang tak menang tangan melayan kerenah peminat yang nak beli barang cendera hati yang dijual sempena
perlawanan.
Aku pun apa lagi, mana boleh lepas peluang membeli sehelai skaf dan buku program perlawanan akhir yang setiap satunya berharga 10 pound (RM50).
Lepas bayar, tiba-tiba aku nampak sepasang kekasih
(ke laki bini tah) muka Melayu singgah kat gerai tu. Yang si jantan pakai
jersi Liverpool, awek dia pulak Chelsea.
Kami meneruskan perjalanan mengikut laluan disediakan untuk peminat Liverpool di sebelah kiri stadium, manakala laluan sebelah kanan dikhususkan kepada penyokong Chelsea.
Penyokong pasukan Liverpool kebanyakannya datang secara berkumpulan sambil bernyanyi dan bersorak seolah-olah tentera menuju medan peperangan.
Setengah jam berjalan, kami akhirnya sampai ke pintu pagar masuk stadium. Dua anggota polis berkuda mengawasi penyokong, terutama yang memegang tin bir. Mana yang agak-agak nampak macam nak mabok, polis sound terus tak bagi minum dah.
Poster dan kadbod kelihatan di mana-mana. Apabila ada yang menyanyi, ada
saja yang menyahut. Tepat jam lima petang, kedengaran sorakan
bergemuruh penonton setiap kali nama pemain diumumkan.
Selesai mengambil gambar di depan stadium, kami mengambil keputusan untuk beredar.
Perjalanan menuju stesen tube lebih sukar dan lambat kerana terpaksa menempuh puluhan ribu penyokong yang datang dari arah bertentangan.
Ketika sampai di tangga stesen Wembley Park, aku terpisah pulak daripada Kelly yang hari itu akan pulang ke Malaysia. Aku pulak mengambil cuti seminggu untuk melawat rakan di London.
Memang agak kecewa jugak sebab tak dapat masuk
tengok game live hari tu, tapi aku tetap puas hati dapat rasa
pengalaman berada di perkarangan Stadium Wembley ketika perlawanan akhir
Piala FA.
Ends
jomweh@gmail.com
Itu bait lirik lagu paling kerap kedengaran saat aku mengunjungi Stadium Wembley baru-baru ini, ketika perlawanan akhir Piala FA antara Chelsea dan Liverpool. Best jugak lagu tu, sampai boleh hafal.
Banyak lagi lagu yang fan Liverpool nyanyi, antara yang aku ingat "Chelsea red boys, Chelsea red Boys, hello! hello!". Aku andaikan diaorang nyanyi macam tu untuk beberapa bekas player Liverpool yang sekarang main dengan Chelsea.
Ada jugak lagu The Yellow Submarine’, dendangan kumpulan The Beatles yang ditukar menjadi ‘A Team of Carraghers’, dan lagu Luis Garcia yang dah enam, tujuh tahun tak main dengan Liverpool pun diaorang belasah nyanyi. Memang gempak habis.
Fans Chelsea ada jugak yang membalas, tapi dalam dua, tiga orang je lah. Memang tak dapek nak lawan langsung.
"Fans Liverpool memang gila,” kata Kelly wartawan sebuah penerbitan Inggeris di Malaysia yang ikut sama masa aku pergi Wembley hari tu.
Bukan bias kepada pasukan Liverpool yang memang penulis minati sejak kecil, tetapi itulah hakikat yang dapat disaksikan ketika itu.
Aku sebenarnya tak masuk pun dalam stadium, cuma lepak sampai pintu masuk je. Mana nak masuk, aku check tiket harga sampai 400 pound sterling (RM2,000). Dekat setengah bulan gaji tu.
Imbas Kembali: Setengah Jam Sebelum Itu
Tepat jam 2.30 petang (waktu London) selepas mendaftar keluar dari Hotel Danubius di Regents Park iaitu tempat aku menginap selama lima hari di London, aku dan tiga rakan lain menuju stesen transit aliran massa (MRT) bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘tube’ bagi kawasan St John’s Wood yang terletak 200 meter dari hotel situ.
“Kita makan dulu,” cadang Kelly. Kami masuk ke sebuah restoran terletak berhampiran stesen itu bagi mengalas perut.
Kelihatan beberapa penyokong Liverpool dan Chelsea dengan menyarung jersi pasukan pujaan masing-masing tengah menjamu selera.
Lepas makan, kami jalan kaki ke stesen St John’s Wood yang mempunyai line sama dengan Wembley Park, stesen dekat Stadium Wembley.
“Tak payah tukar tren. Wembley Park pun guna jalur Jubilee juga,” kata aku kepada rakan lain. Mereka hanya anggukkan kepala, lepas tu pergi ke mesin jualan tiket.
Boleh tahan jugak sesak kat dalam tren. Penuh dengan peminat kedua-dua pasukan. Semuanya bukan main bersemangat lagi aku tengok. Di satu sudut, aku nampak tiga empat orang remaja nyanyi lagu popular yang diubahsuai liriknya memuji pemain pujaan masing-masing.
Perjalanan dari stesen St John’s Wood ke Wembley Park memakan masa hampir 20 minit dengan menempuh lapan stesen semuanya. Di setiap persinggahan, ada saja peminat kedua-dua pasukan menyerbu ke dalam tren.
Kami tiba di stesen Wembley Park jam 4 petang. Tinggal sejam sebelum perlawanan dimulakan. Keluar saja tren, angin dingin kota London menerjah ke muka. Kami berempat menyilang tangan bagi mengurangkan kesejukan.
Dari jauh, kelihatan Stadium Wembley tersergam megah. Lautan manusia dengan jersi merah dan biru berasak-asak menuju stadium yang terletak 300 meter dari stesen tube.
Keluar saja dari stesen, kelibat dua rakan wartawan tak nampak langsung. Lepas mencari beberapa ketika dan masih tidak bertemu, aku dengan Kelly ambil keputusan teruskan ‘misi’ menuju pintu masuk stadium.
Beberapa langkah berjalan, kami dikejutkan bunyi nyanyian lantang sekumpulan 20 penyokong Liverpool menyanyikan lagu yang antara lain liriknya menyindir pasukan Chelsea.
"F**K Off, Chelsea FC, you ain't got no history. Five European Cups, 18 Leagues, that's what we call history".
Bukan bias kepada pasukan Liverpool yang memang aku minat sejak kecil, tetapi itulah hakikat yang dapat disaksikan.
Tamat Imbas Kembali
“Meremang bulu roma aku,” kata Kelly. Aku cuma tersenyum (eh ke buat tak tahu ek?) sambil jari tangan tidak putus-putus menekan butang kamera.
Macam-macam pesen manusia aku nampak, tapi yang pasti, semuanya bersemangat bukan main. Kat tepi jalan, ada sorang peminat Liverpool dalam lingkungan 40-an sangkut kadbod kat leher sambil tangannya memegang pembesar suara.
Dengan loghat pekat ‘Scouse’ dia mengajak orang ramai memboikot akhbar ‘The Sun’ yang didakwa melaporkan berita tidak benar dan berat sebelah mengenai tragedi Hillsborough yang meragut 96 nyawa, 23 tahun lalu.
Aku pun apa lagi, mana boleh lepas peluang membeli sehelai skaf dan buku program perlawanan akhir yang setiap satunya berharga 10 pound (RM50).
Kami meneruskan perjalanan mengikut laluan disediakan untuk peminat Liverpool di sebelah kiri stadium, manakala laluan sebelah kanan dikhususkan kepada penyokong Chelsea.
Penyokong pasukan Liverpool kebanyakannya datang secara berkumpulan sambil bernyanyi dan bersorak seolah-olah tentera menuju medan peperangan.
Setengah jam berjalan, kami akhirnya sampai ke pintu pagar masuk stadium. Dua anggota polis berkuda mengawasi penyokong, terutama yang memegang tin bir. Mana yang agak-agak nampak macam nak mabok, polis sound terus tak bagi minum dah.
Selesai mengambil gambar di depan stadium, kami mengambil keputusan untuk beredar.
Perjalanan menuju stesen tube lebih sukar dan lambat kerana terpaksa menempuh puluhan ribu penyokong yang datang dari arah bertentangan.
Ketika sampai di tangga stesen Wembley Park, aku terpisah pulak daripada Kelly yang hari itu akan pulang ke Malaysia. Aku pulak mengambil cuti seminggu untuk melawat rakan di London.
Ends
Wednesday, May 16, 2012
Ho Chi Minh City, Vietnam. Episod 3.
Oleh Apen
jomweh@gmail.com
KALAU korang nak tahu macam mana
rasanya duduk dalam kubur, Haaa..memang ini tempat paling sesuai lah.
Hahaha. Tempat paling terbaik korang kena datang tengok kalau dah
sampai Ho Chi Minh City.
Perjalanan dari Ho Chi Minh City ke Củ
Chi Tunnel ni ambil masa dalam 2 jam lebih lah kalau masuk
traffic jam semua. Tapi aku rasa tak susah lah kalau nak ke sini
sebab tempat ni memang famous dan semua orang tahu.
Kat Củ
Chi Tunnel korang boleh tengok sendiri terowong-terowong bawah
tanah yang orang Vietnam (komunis) buat masa perang dengan Amerika
dulu. Oleh kerana Vietnam ni takde senjata canggih-canggih, so
diorang buat lah tunnel ni dan jerangkap samar dalam hutan. Bawah
tanah ni diorang boleh buat bilik-bilik macam bilik meeting, bilik
tidur, bilik makan, bilik sembunyi dan antara bilik-bilik tu
disambungkan dengan terowong-terowong tu lah. Lubang masuk terowong ni ada banyak. Kecik ada besar pun ada.
Kagum gila, dan yang paling tak best
bila dengar tourist guide tu cakap, ada jugak askar Vietnam yang
sesat dalam terowong tu, tak jumpa jalan keluar and mati terus dalam
tu. Damn!
Sepanjang perjalanan track kawasan Củ Chi Tunnel tu, ada lah diorang display alat-alat jerangkap samar yang agak gerun jugak. Kalau termasuk dalam tu, Innilillah lah jawabnya.

Kat kawasan Củ
Chi Tunnel ada la jugak komunis-komunis poser, hahaha. Makan gaji buta. Kerja melepak je. Yang rajin sikit tukang tunjuk arah. Takde semangat komunis langsung diorang ni.
Bila korang try masuk terowong ni,
memang ada satu perasaan yang aku pun taktau nak cakap macam mana.
Dah la gelap, suam-suam panas plak tu, rasa macam tak cukup oksigen
pun ada. The best experience weh! Rasa berdebar-debar lah. Bila dah
masuk tu, rasa macam nak cepat-cepat keluar plak. Bukan kena jalan
biasa tau, kena jalan itik. Fuh!
Last, sebelum keluar dari kawasan Củ
Chi Tunnel, ada satu benda best jugak. Kawasan menembak guna senapang dan peluru betul. Yang tak best nya, mahal. Sebijik peluru 12 ringgit kalau tak silap aku, minimum kena beli 10 bijik.
Owh. Satu lagi benda yang aku tak boleh
lupa, tourist guide tu pesan, sila lah ikut track yang disediakan.
Sebab tempat ni tempat perang, so orang komunis yang perang dulu ada
pasang periuk api dan jerangkap samar, ada yang diorang tak jumpa sampai sekarang.
Hahaha. Kot-kot kalau lah korang terpijak, mati berkecai lah kat
situ. Hahaha. Tak tahu lah aku dia ni cakap betul ke tak tapi kalau
dia tipu aku, maksudnya aku pun tipu korang jugak lah.
Bersambung..
Friday, May 4, 2012
Ho Chi Minh City, Vietnam. Episod 2.
Oleh Apen
jomweh@gmail.com
BILA pikir pasal makan kat Vietnam je,
mesti orang pikir anjing panggang, takpun babi goreng. Haha. Relax la, jangan
takut sangat. Takde la susah mana pun nak cari makan pon kat Ho Chi
Minh City ni.
Setakat yang aku pegi, ada 3 restoran
halal yang aku jumpa. Makanan agak menarik la jugak.
First restoran, Four Seasons Restaurant (Restoran Empat Musim). Masakan melayu ada, Vietnam pun ada. Tomyam pun ada. Owner dia kalau tak silap aku Cina muslim, orang Malaysia, kahwin ngan orang Vietnam pastu terus duduk sana bukak restoran ni. Waiter ngan waitress dia boleh cakap melayu sikit-sikit. Harga berpatutan lah. Kalau aku ada kuasa bagi bintang, aku bagi 3.5 dari 5 bintang.

Second restoran halal yang aku
makan, Halal @ Saigon. Haa..restoran ni stylo sikit. Deco restoran dia style. Makanan
dia sedap. Owner dia orang Melayu Islam Malaysia. Disebabkan tempat dia
dalam bandar Ho Chi Minh City, jadi harga dia mahal sikit la. Macam
Four Seasons Restaurant jauh
sikit dari bandar Ho Chi Minh City. Landmark
restoran ni, dia berhadapan dengan masjid Jamia Thanh-Duong, Ho Chi
Minh City. Menu lebih kurang sama macam Four Seasons
Restaurant jugak. Ada makanan
melayu, Vietnam. Tapi tak pelancong asing la makan makanan negara
sendiri kat negara orang. Haha.
Ok,
restoran third, restoran
India Muslim. Kira mamak lah. Makanan halal. Nasi beriyani dia sedap!
Makanan lebih kurang mamak kat Malaysia je. Harga agak murah dari
restoran yang aku pegi sebelum ni. Tempat dia jauh sikit dari Ho Chi
Minh City ni dan agak tersorok. Jadi pandai-pandai korang la carik
restoran ni kalau nak sangat makan mamak kat Ho Chi Minh City ni.
Haha. (Sorry gambar signboard kedai je aku ada, gambar makan-makan,
gambar makanan takde sebab penat nak tangkap. Lapar time ni weh!)
Ok
cara terakhir kalau tak jumpa jugak kedai makanan halal kalau korang
dah sampai kat Ho Chi Minh City ni, Makan buah je la. Buah boleh
carik kat Cho Ben Thanh
Market (aku akan cerita pasal Cho
Ben Thanh Market ni
kemudian). Haa..buah kat situ bersepah.
Owh
yea, alang-alang aku dah cerita pasal makan ni, aku cerita skali kat
mana aku tinggal. OK, ni ada gambar hotel yang aku tinggal, 3.5 bintang kalau tak silap. Bilik
memang selesa. Harga berpatutan. Kalau tak silap aku, bilik yang aku
duduk ni RM200, siap ngan breakfast babi goreng.
Satu
lagi, duit Vietnam nilai dia sama macam duit Indonesia. Matawang dia
Dong. Kalau RM1 sama dengan 4000 Dong lebih kurang. Tu time aku pegi
la. Kalau korang nak pegi, cek sendiri lah yea!
Bersambung...
Subscribe to:
Comments (Atom)