jomweh@gmail.com
Dia soal aku dalam bahasa Mandarin. Aku agak-agak mesti dia tanya aku nak apa. Aku pun cakap nak kopi hitam. Dia angguk kepala. Akhirnya, ada jugak orang yang paham permintaan aku yang dah dekat lima minit cuba menjelaskan apa yang aku hendak.
Aku duduk bersandar sambil main angkat-angkat sikit kaki kerusi depan. Tiba-tiba amoi supervisor tu datang bawak sesuatu dalam sudu, pastu terus masukkan dalam mi daging sup aku.
Lerrr, dia masukkan sambal cili dalam tu. Takdak warning dah. Aku tergamam kejap. Lepas tu bagi satu senyuman pahit kepadanya sambil jari tangan menunjukkan isyarat bagus.
Payah betul la. Amoi supervisor mengangguk-angguk kepala sambil berkata sesuatu kepada dua pelayan yang mula-mula tadi. Boleh tahan jugaklah kembang hidung dia.
Mahu tak mahu aku terus jugaklah suap mi daging tu. Eh, rasa sedap jugak bila dah campur sambal cili ni. Aku sekali lagi tunjuk isyarat bagus pada amoi supervisor tu. Dia membalas dengan menunjukkan juga isyarat bagus kepada aku. Dah bertambah besar aku tengok diameter lubang hidung dia.
Aku tengok jam, dah dekat pukul 2pm. Alamak kena blah dah ni. Aku cepat-cepat hirup sup, makan daging dalam dua tiga ketul, pastu mintak bil. Lepas bayar aku bergegas keluar. Eh, sebelum balik kena ambik gambar dulu ni.
Tengah syok ambik gambar, si Audra hantar mesej: "Tony, tak jadi gerak pukul dua, kita gerak dalam 2.30". Puh lega, boleh ambik gambar banyak sikit dan err, pekena rokok lagi sebatang. Puf, puf, aku hembus asap rokok. Tapi asap tak habis-habis. Maklumlah, tempat cuaca sejuk ni kalau tak isap rokok pun asap keluar.
Abis rokok, aku tunggu teksi tepi jalan.
Teksi masih tak muncul. Kalau lalu pun tak nak berhenti. Gampang! Ni kes naya ni. Aku tarik nafas dalam-dalam, lepas tu hembus. Keluar lagi asap. Aku cuba buat asap bulat-bulat tapi hampa.
Ah, tak boleh jadi ni, aku kena buat keputusan cepat. "Baik aku pergi seberang jalan sana, nampak boleh tahan banyak teksi lalu kat situ," aku bercakap sorang-sorang dalam bahasa Melayu. Dua, tiga amoi Shanghai yang lalu bercakap sama sendiri pastu gelak gelak. Gampang! Mesti nak mengorat aku tu.
Aku lintas jalan, pastu pandang tempat aku tunggu teksi tadi. Mak aih, tiba-tiba ada pulak tiga bijik teksi lalu. Gambang! Masa makin suntuk. Si Audra dah hantar SMS lagi tanya aku kat mana. Aku balas mesej. Tapi kredit dah habis. Gampang!
Bersambung
Cerita sebelum-sebelum ini...
Cerita Shanghai - Episod 1
Cerita Shanghai - Episod 2






