Thursday, July 31, 2014

18 hari Jelajah Eropah - Part 1


OK. Angan-angan ni mula sembang kat mamak je. Memang aku tak bajet pun boleh jadi kenyataan. Serius! So, mulanya aku ngan sorang kawan aku nama Azrin sembang nak jelajah Eropah. Tup-tup hujung-hujung tahun 2013 aku dapat bonus. Memang terbaik la. Memang takde cerita banyak, aku bagitau Azrin nak pegi Eropah dan lepas tu aku terus carik tiket flight. Jadi tak jadi, aku sebat je beli tiket dulu. So aku guna KAYAK untuk carik tiket-tiket murah. Sambil-sambil tu aku usha jugak kat SKYSCANNER ngan EXPEDIA. Tapi aku lagi selesa guna KAYAK.

SO, plan aku adalah pergi dari Kuala Lumpur, Malaysia ke London, England dan balik dari Geneva, Switzerland ke Kuala Lumpur, Malaysia. Sebab apa Geneva, sebab aku ada kawan duduk kerja kat sana. Jadi boleh jimat sikit belanja.





Dan plan asal sebenarnya aku nak pegi HELLFEST 2014 (Metal Festival) kat Clisson, France. Jadi, itu pasal route aku cantik macam gambar peta kat atas ni. Plan aku start serius bila aku dah beli tiket flight. Aku tak kisah, asalkan sampai Eropah. Itu yang penting. Selepas beberapa bulan beli tiket flight, aku dah start kumpul duit untuk hostel dan tiket festival tu. 1st thing, tiket flight dah settle, 2nd thing tiket festival. Lepas tu baru boleh booking hostel dan last baru boleh beli tiket train atau flight bergantung pada route dan masa yang aku ada kat sana nanti. Nanti aku boleh plan tempat-tempat yang aku nak pergi dan yang mana jauh-dekat dengan hostel aku. Sampai je masa aku nak beli tiket festival tu, suddenly, tiket festival tu sold out. Damn. Kecewa tak kecewalah aku masa tu. Rasa nak menangis pon ada. banyak band best kot main kat situ. 



Dalam kecewa-kecewa tu, aku tetap gagahkan jugak carik festival lain, mana tau kot-kot ada time aku pusing Eropah. Dan, aku bernasib baik sebab jumpa satu festival kat Belgium - GRASPOP METAL MEETING 2014. Yes! Cun-cun dalam itinerary aku. Banyak jugak band best kat sini.


Lalu tanpa cerita banyak jugak, aku kasitau Azrin dan terus beli tiket festival tu untuk 3 hari.

Lepas tu aku ngan Azrin plan mana nak pergi pulak masa kitaorang ada kat Eropah tu nanti memandangkan route dah berubah dan sebelum booking hostel dan juga booking train.


Setelah beberapa minggu plan, akhirnya dapat kata putus antara aku ngan Azrin. So, kitaorang akan start dari London, England lepas tu Rome, Italy lepas tu Venice, Italy lepas tu Geneva, Switzerland lepas tu Paris, France lepas tu Amsterdam, Netherlands dan lepas tu Dessel, Belgium (dimana tempat letak festival). 

Bila dah confirm mana nak pergi, masuk benda ke-3 aku kena buat adalah booking hostel secara berperingkat-peringkat. Untuk booking hostel ni tricky sket sebab aku kena tau mana tempat yang aku akan pergi supaya semua dekat dengan hostel. Maksud aku, contoh macam tempat nak pergi shopping ke, nak pergi tempat bersejarah ke, nak pergi panjat gunung ke, nak pergi pantai ke, nak pergi taman ke, nak pergi tasik ke, nak pergi tengok awek-awek topless berjemur ke, nak pegi makan sedap-sedap ke, nak carik makanan halal ke (of course la paling senang dalam kepala otak adalah pizza & kebab Pakistan). Even convenience store pon kena ambik kira jugak. Jadi, route aku dah berubah banyak dan agak pening jugak aku nak susun pada mulanya.


Nampak tak berapa berseliratnya jadi route aku, disebabkan beriya sangat nak pergi festival. 

Selepas selesai booking hostel untuk semua tempat yang aku nak pergi, lepas tu baru lah aku booking tiket train ikut route yang aku dan plan. Itu termasuk yang mana aku terpaksa booking flight untuk perjalanan yang jauh bagi jimat masa jelajahan aku ni. Tambahan pulak, route aku ni tamat kat Dessel, Belgium, jadinya, aku terpaksa keluar duit sikit untuk aku balik ke Geneva, Switzerland sebab aku dah booking awal-awal flight balik dekat sana. Ni semua fetival punya pasal. Key point dia sebenarnya adalah, jangan tangguh, beli awal! Faham!


BAJET

Secara jujurnya, aku bukan la kaya, duit saving pon tak banyak. Jadi, berdasarkan pada bonus yang aku dapat hujung tahun 2013 dan duit yang aku kumpul selama 6 bulan start dari aku booking tiket flight.

So, biar aku break down aku punya bajet satu persatu supaya senang nak tengok:

Flight Ticket

Flight Pergi-Balik (Etihad)
Kuala Lumpur - London - Geneva - Kuala Lumpur = RM2391.46 (termasuk insuran)

Tiket Festival
GRASPOP METAL MEETING FESTIVAL 2014 + 20 Token (makanan) = RM893.86 (untuk 3 hari)

Flight England ke Italy (British Airlines)
London - Rome (1 hala) = RM368.73 (termasuk insuran)

Flight Belgium ke Switzerland (Brussel Airlines)
Brussel - Geneva (1 hala) = RM552.01 (termasuk insuran)

Train Ticket

Train Rome ke Venice, Italy (Trenitalia)
Rome - Italy (1 hala) = RM135.54

Train Venice, Italy ke Geneva, Switzerland (Trenitalia)
Venice - Italy (1 hala) = RM149.56

Train Geneva, Switzerland ke Paris, France (Voyages-Sncf)
Geneva - Paris (1 hala) = RM117.38

Train Paris, France ke Amsterdam, Netherlands (Thalys)
Paris - Amsterdam (1 hala) = RM155.75

Train Amsterdam, Netherlands ke Antwerpen, Belgium (Thalys)
Amsterdam - Antwerpen (1 hala) = RM129.05

Hostel

LONDON
The Horse & Stables (3 hari 2 malam) = RM247.34

ROME
Ivanhoe Hostel (3 hari 2 malam) = RM320.92

VENICE
Ca' Venezia (3 hari 2 malam) = RM332.77

PARIS
Young & Happy (3 hari 2 malam) = RM299.53

NETHERLANDS
Cocomama (3 hari 2 malam) = RM358.13

Daily Expenses
(Makan, minum, toilet, public trainsport, souvenir, dan lain-lain)

LONDON = RM1,934.66
EUROPE = RM3,144.60
SWITZERLAND = RM369.85

Duit Emergency = RM2,000.00

So, total semuanya adalah RM13,901.14.


Duit Emergency sangat penting, OK! Jangan main-main. Duit ni standby kalau-kalau terlepas train ke, terlepas flight ke, kena paw ngan orang jahat ke, kena saman ke, accident ke. Kena fikir semua tu. 



So, gambar kat atas ni adalah cara-cara untuk asingkan duit supaya tak overspending masa kat sana. Aku asingkan duit ni ikut bayaran harga hostel. 

OK, aku akan sambung lagi nanti pasal travel kat Europah macam mana.